Malay English

PENGASAS JAMU MANDARA PILIH UUM UNTUK PENGAMBARAN IKLAN

 

ON 20 MARCH 2016

Oleh : Musyaznie Mokhtar

jamu

 

PERLIS – Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kaya dengan hutan asli di lembah berbukit-bukau, memiliki pelbagai khazanah flora dan fauna yang berusia ratusan tahun telah menarik perhatian pengasas Jamu Mandara, Azliza Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Ja untuk memilih UUM sebagai lokasi pengambaran produk Jamu Mandara.

Katanya, persekitaran UUM amat bersesuaian dengan konsep yang ingin beliau ketengahkan dalam iklan produk ini iaitu persekitaran yang segar dan boleh menonjolkan sifat kelembutan seorang wanita.


Mengimbas kembali detik permulaan berkecimpung dalam dunia perniagaan lima tahun lalu tanpa membuat sebarang pinjaman daripada pihak bank, beliau mengambil langkah bijak dengan menjual produk Jamu Mandara 1 dan 2.


Keaslian produk Jamu Mandara menggunakan resipi warisan turun temurun daripada arwah ibunya yang sudah berkecimpung hampir 40 tahun dalam dunia perbidanan dengan menggunakan lebih 33 herba bermutu tinggi antaranya kacip fatimah, manjakani, temulawak, cekur, kunyit, habatussauda telah menjadikan permintaan terhadap produk jamu meningkat dengan pantas.


Jamu Mandara mempunyai kelebihan yang tersendiri apabila kualiti dan kuantiti herba dikawal sepenuhnya oleh beliau sebelum dihantar ke kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) untuk diproses dalam bentuk kapsul yang mudah ditelan.
Setelah mendapat keuntungan daripada hasil jualan jamu selama tiga bulan pertama, beliau mengorak langkah ke tahap seterusnya untuk memasarkan Set Bersalin Jamu Mandara kepada orang ramai.


Ujar beliau, Set Bersalin Jamu Mandara dapat merawat dari dalam, mengembalikan tenaga dan bentuk badan yang menawan serta seri di wajah pada ibu yang berpantang atau keguguran kerana dilengkapi dengan Jamu Mandara 1 dan 2, Minyak Angin Mandara, Boreh Mandara dan Air Florida.


Selain itu, pembungkusan produk Jamu Mandara juga begitu unik kerana menggunakan warna terang merah jambu dan hijau serta rekaan yang amat sesuai dengan jiwa anak muda zaman sekarang.


“Saya nak orang ramai ubah persepsi terhadap produk jamu terutama golongan muda kerana tanggapan mereka jamu hanya untuk orang tua sahaja, sebab itu muncul idea untuk buat rekaan yang lebih moden.


“Orang muda nak bawa pun tak malu sebab rekaannya yang bercirikan wanita moden dan segar, ulas beliau.
Tambah beliau lagi, perkilangan produk telah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari pemprosesan dan pembungkusan produk bagi memastikan Jamu Mandara berkualiti dan bersih.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM