Malay English

PENGIKTIRAFAN 251 FABULOUS GLOBAL EDUCATION LEADERS SUNTIK SEMANGAT BAHARU

SMMTCC

SINTOK - Kecemerlangan dalam bidang penyelidikan, penyeliaan dan akademik telah melayakkan pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi, Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Prof. Madya Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menerima Anugerah 251 Fabulous Global Education Leaders oleh World Education Congress di Mumbai, India, baru-baru ini.

Dr. Ariffin berkata, anugerah yang diterimanya terlalu istimewa dan semestinya beliau merasa bangga dan amat bersyukur kerana diberikan pengiktirafan di peringkat antarabangsa itu.

Menurutnya, sebagai seorang yang telah bertungkus-lumus dalam bidang akademik dan kepengurusan, pengiktirafan luar terhadap kepemimpinan sebegini menjadi sumber kekuatan yang menyuntik semangat baharu.

"Saya berusaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab diberikan sebaik mungkin dan memastikan ia meninggalkan impak yang berkesan bukan sahaja pada diri sendiri, malah masyarakat juga.

"Saya berterima kasih kepada UUM dan juga individu atau organisasi yang pernah bekerjasama dengan saya yang mungkin telah mencalonkan saya tanpa disedari hingga menjadi salah seorang penerima anugerah ini," katanya.

Dr. Ariffin berkata, menerima anugerah itu tidak bermakna beliau sudah menjadi seorang yang terbaik, justeru beliau akan terus memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Katanya, beliau perlu banyak belajar lagi dan terus belajar sekiranya ingin menjadi individu yang terpilih meskipun bukan anugerah yang dikejar tetapi sumbangan kepada universiti dan masyarakat menjadi keutamaan.

"Contohnya, pada tahun lalu saya telah menerima biasiswa daripada The German Academic Exchange Service (DAAD) untuk mengikuti kursus International Deans’ Course (IDC) di Jerman dan pada tahun ini apabila Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) menganjurkan IDC Malaysia Chapter (MyIDC), saya telah dipilih sebagai salah seorang jurulatih dan berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman dengan peserta kursus.

"Melalui cara ini, saya dapat memperbaiki kemahiran kepimpinan yang dimiliki dengan ilmu yang ditimba sepanjang mengikuti pelbagai kursus sama ada dalam negara atau luar negara. Ini adalah salah satu sumbangan yang mampu saya berikan semula kepada mereka," katanya.

Pernah memegang jawatan sebagai Dekan SMMTC, Dr. Ariffin berharap pada tahun tahun akan datang lebih ramai rakan seperjuangan di UUM akan dipilih untuk menerima anugerah tersebut.

Menurutnya, kemahiran memimpin itu boleh ditingkatkan lagi dengan memperbanyakkan pembacaan dan juga mengikuti latihan yang efektif kerana sebagai hasilnya, ia akan membantu dalam melaksanakan tugas dengan berkesan dan berimpak.

Penerima Anugerah 251 Fabulous Global Education Leaders adalah mereka yang telah melaksanakan tugas luar biasa dan mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam bidang penyelidikan khususnya dan mereka dinilai oleh juri bebas terdiri pemimpin kanan, penyelidik dan ahli akademik.

Selain itu, penerima dipilih berdasarkan kriteria dari aspek perspektif strategik, integriti dan etika, pendekatan penilaian, sentuhan manusia, orientasi masa hadapan, rekod pencapaian serta cara amalan dan pemikiran dalam pendidikan mampan.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM