Malay English

DATUK MICHAEL TIO RANGKUL BEST CEO AWARD

WhatsApp Image 2019-07-12 at 8.12.56 AM 1

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKT Logistics Group Sdn. Bhd, Datuk Michael Tio merangkul anugerah Best CEO Award sempena Majlis Apresiasi AIxCHANGE: CEO@Faculty Programme Tahun 2019 di Kuala Lumpur.

Beliau adalah Profesor Adjung di Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan merupakan salah seorang CEO yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk Program CEO@Faculty bagi UUM sejak 2015.

Selain itu, Datuk Michael Tio juga merupakan penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Tanggungjawab Sosial Korporat) sempena Majlis Konvokesyen UUM ke-31 tahun lalu.

Academia-Industry Talent Exchange Programme (AIxCHANGE): CEO@Faculty Programme merupakan inisiatif KPM bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran antara pihak akademia dan industri.

Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani meluahkan rasa bangga dengan anugerah yang diterima Datuk Michael Tio itu yang membuktikan hasrat mendekatkan universiti dengan industri membuahkan hasil selaras dengan hasrat KPM untuk memacu hala tuju pendidikan tinggi ke arah mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam sistem pendidikan tinggi negara.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM