Malay English

MISI KEMANUSIAAN RENTAS SEMPADAN – BERI SOKONGAN AKIDAH, DAGING KORBAN

image003

KEMBOJA - “Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”.

             Surah Al-Haj ayat 37

Dalam kepesatan zaman moden yang memasuki era Revolusi Industri Keempat (IR4.0), nun jauh di sana masih ada lagi masyarakat yang dibelenggu kemiskinan, kemudahan asas yang terhad seperti elektrik, makanan, air bersih, keadaan rumah, sekolah yang tidak kondusif dan taraf pendidikan yang rendah membuatkan mereka makin terpinggir dari arus kemajuan yang pesat membadai. Malah untuk menjamah daging setahun sekali pun susah.

Misi korban rentas sempadan yang dijalankan Kelab Ukhuwwah Pusat Islam saban tahun telah membantu penduduk Kampung Tol Cham Phlu Battambang, Kemboja yang hidup dalam kemiskinan untuk mendekati Islam.

Ustaz Mohd Yusnaidi Md Sabri, Pengerusi Kelab Ukhuwwah Pusat Islam dilantik sebagai pegawai penghubung dan penggerak utama program anjuran Pusat Islam. 

Menurutnya, pada program korban tahun lalu, sebanyak 38 ekor lembu dan 25 ekor kambing ditumbangkan sempena ibadah korban 1439 bagi membantu penduduk di 10 buah kampung sekitar Tol Cham Phlu, Battambang, Kemboja.    

23 peserta terbang bersama dalam kembara ini untuk melihat sendiri program ibadah korban sambil menyelami sisi kehidupan penduduk yang amat susah.

 

Ujarnya, kerja menyembelih, melapah, mengagih daging dan memasak dilakukan secara gotong-royong bersama masyarakat setempat sekaligus mengukuhkan ikatan persaudaraan.

“Alhamdulillah program korban mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada warga UUM malah rakyat Malaysia yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), pelajar perubatan dan masyarakat.  

Selain ibadah korban, sumbangan berupa wang tunai, pembinaan telaga dan bangunan tambahan masjid untuk menampung jemaah yang semakin bertambah antara sumbangan yang diberikan kepada penduduk minoriti Islam Kemboja.  

Kunjungan lebih bermakna kepada penduduk apabila Haji Omar mewakili Rakan-Rakan Projek Syahadah memberi sumbangan RM20,000 bagi membina sistem penapis Air bersih untuk kegunaan masyarakat di sana. Pemurahnya rakyat Malaysia.

Program ini merupakan satu medium kepada rakyat Malaysia menjalin kerjasama dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan dengan berkongsi ilmu terutamanya kelas Bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, pengurusan jenazah, sukaneka, ziarah dari rumah ke rumah.

Khidmat sosial tidak hanya tertumpu kepada pembangunan pendidikan semata-mata, malahan mereka turut membangunkan komuniti setempat serta melaksanakan pelbagai khidmat sosial.

Program terbaru adalah program wakaf tanah kubur hasil cadangan dari penduduk Kampung Tol Cham Phlu sendiri memandangkan pada masa ini tiada perkuburan khas untuk orang Islam di sana.

Sementara itu, Imam Masjid Kg Tol Cham Phlu serta Mudir Madrasah Maryam Ustaz Mosa melahirkan rasa terharu  dan menghargai usaha Pusat Islam sebagai peneraju program amal di kawasan terpencil Kemboja.

“Usaha ini membantu pembangunan masyarakat untuk mendekati Islam dan perkembangan positif dapat dilihat dari masa ke semasa untuk melahirkan generasi beriman. Terima kasih kepada UUM dan rakyat Malaysia yang prihatin,” ujarnya.

Bagi yang berminat menyertai Qurban & Aqiqah Battambang Kemboja 2019M/ 1440H bolehlah menghubungi Ustaz Zabadi (04-928 2566 / 017 8301229) dan Ustaz Yusnaidi (04-928 2556 / 019 4719675).        

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM