Malay English

RAJA MUDA KEDAH SOLAT TERAWIH BERSAMA WARGA UUM

DIFIYHK

SINTOK - Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah berkenan mencemar duli menghadiri solat terawih bersama warga kampus di Masjid Sultan Badlishah, UUM baru-baru ini.  

Terdahulu, beliau yang juga Tuanku Pro-Canselor UUM berangkat hadir sempena Majlis Berbuka Puasa Peringkat UUM 2019.

Majlis dimulakan dengan ketibaan orang ramai serta dif-dif jemputan, seterusnya keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah bersama Raja Muda Kedah.

Selesai berbuka puasa, Tengku Sarafudin meneruskan solat terawih yang turut disertai Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani, Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Ismail Ishak dan pegawai kanan universiti.

Solat terawih yang dianjurkan Pusat Islam itu bermula selepas Isyak sekitar jam 8:50 malam yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Firdaus Ahmat sekali gus mengeratkan silaturahim bersama warga kampus sebelum berangkat pulang.  

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM