Malay English

NAIB CANSELOR MENYANTUNI STAF YANG SAKIT

image003

KUBANG PASU - Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani meluangkan masa menyantuni staf dalam Program Lawatan Kebajikan Ke Rumah Staf Yang Sedang Sakit sempena kedatangan Syawal 2019 di sekitar Kubang Pasu. 

Ziarah itu bertujuan untuk beramah mesra mengeratkan silaturahim sambil bertanya khabar dan mengetahui perkembangan kesihatan staf yang mengalami masalah kesihatan. 

Pesakit yang ditemui antaranya Pembantu Kemahiran, JPP, Muhamad Zambri Md Isa; Pensyarah SOC, Dr. Hamirul ‘Aini Hambali; Pembantu Tadbir UUM CAS, Suzainah Ramli dan Pustakawan, Muhamad Mazlan Jalla.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan kuih raya sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari UUM.

Hadir sama, Pendaftar, Baharudin Yaacob; Presiden PERSATU, Prof. Dr. Razamin Ramli; Pengarah, UUM Corporate Comm., Rasidah Rodzi  dan para pegawai Jabatan Pendaftar.

Rasulullah bersabda, ‘Hak seorang muslim kepada muslim lainnya ada enam. Apabila berjumpa dengannya, maka ucapkan salam, apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya, apabila ia meminta nasihatmu, maka berilah dia nasihat, apabila ia bersin lalu ia memuji Allah, maka doakanlah, apabila ia sakit, maka kunjungilah dia, dan apabila ia meninggal dunia, ikutlah menghantar jenazah ke kuburnya.”

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM