Malay English

ALUMNI UUM COB KONGSI PENGALAMAN UNTUK MAJUKAN UNIVERSITI

ALUMNI UUM COB KONGSI PENGALAMAN UNTUK MAJUKAN UNIVERSITI

 

SINTOK - Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Perniagaan (PPA COB), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Alumni UUM telah menganjurkan program UUM COB Alumni Home-Coming 3.0 yang berlangsung di sekitar UUM baru-baru ini.

Program ini berjaya mengumpul seramai lebih 20 alumni UUM COB terdiri di kalangan staf akademik dan pentadbiran serta alumni dari luar UUM.

Dekan PPA COB, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata program bertujuan untuk mengumpulkan alumni UUM COB bagi berkongsi idea memajukan lagi UUM.

"Program ini melibatkan alumni-alumni UUM COB dari awal penubuhan UUM sehingga hari ini, namun tidak semua alumni dapat menghadirkan diri kerana kekangan masa dan pekerjaan masing-masing.

“Tujuan program ini adalah bagi menjana dan mengumpulkan idea-idea baru dalam kalangan alumni bagi memajukan UUM di masa hadapan," ujarnya.

Tambah Dr. Hendrik, program Alumni Home-coming kali ini memfokuskan kepada alumni dalaman yang bekerja di UUM dan merupakan “prelude” kepada program alumni dalaman tahun depan.

Antara pengisian sepanjang program ini ialah Alumni@Campus Tour, Alumni@Class, Alumni@Faculty dan Alumni@Hi-Tea.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM