Malay English

MAHASISWA UUM URUS PILIHANRAYA KAMPUS

MAHASISWA UUM URUS PILIHANRAYA KAMPUS

 

SINTOK - Buat pertama kalinya Universiti Utara Malaysia telah memberi laluan sepenuhnya kepada pelajar untuk mengendalikan Pilihanraya Kampus bagi sesi 2018/2019 secara bebas dan telus.

 

Menurut Pengarah Pilihanraya Kampus, Aida Amira Rosli, sebanyak 39 kerusi dipertandingkan dengan membariskan 26 calon bertanding merebut 9 kerusi umum, manakala 56 calon pula merebut 30 kerusi di 15 pusat pengajian ketika proses penamaan calon dijalankan pada 22 November lalu.

 

“Sambutan sangat meriah kerana lebih ramai calon bertanding yang menyaksikan persaingan pilihanraya kampus tahun ini lebih sengit.

 

Menariknya para pelajar yang dilantik sebagai Sekretariat diberi peluang untuk mengumumkan keputusan penjumlahan undi,” kata pelajar Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan.

 

Pada pemilihan kali ini, 6 calon dari 3 pusat pengajian menang tanpa bertanding iaitu Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) dan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS).

 

Proses pengundian bermula jam 9 pagi dan ditutup jam 1 petang melibatkan 64.95% pelajar keluar mengundi.

 

Ujarnya, MPP akan sentiasa bersama-sama membantu universiti melaksanakan agenda yang dirancang sekali gus melahirkan graduan yang holistik dan diterima baik masyarakat.

Mengulas pengalamannya sebagai pengarah, ini merupakan pengalaman baharu yang amat bermakna.

 

“Sebelum ini, saya hanya nampak dari sudut sebagai calon sahaja tapi apabila menjadi orang yang melaksanakan PRK ini, barulah saya tahu proses melaksanakannya tidaklah semudah yang dilihat kerana terdapat beberapa prosedur yang rumit.

 

“Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada pelajar dan staf, PRK tahun ini berjalan lancar walaupun pertama kali dijalankan oleh pelajar,” luahnya. 

 

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan terima kasih kepada semua yang berjaya menghidupkan amalan demokrasi dan memastikan PRK berjalan lancar.

“Selamat maju jaya kepada ahli MPP yang baharu seterusnya diharapkan membawa suara mahasiswa dan boleh menjadi penghubung antara mahasiswa dan pihak pengurusan,” ucapnya pada sesi pengumuman keputusan Pilihanraya Kampus 2018/2019.

 

 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM