Malay English

SISTEM PENGUNDIAN PILIHAN RAYA KAMPUS AKAN DINAIK TARAF

SISTEM PENGUNDIAN PILIHAN RAYA KAMPUS AKAN DINAIK TARAF

SINTOK - Seiring perkembangan teknologi, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) akan menaik taraf sistem pengundian pada Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi sesi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM pada tahun hadapan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim berkata, beliau bercadang untuk mewujudkan laman sesawang (web page) bagi menambahbaik sistem undian sedia ada iaitu sistem berkomputer atau e-Voting untuk PRK kali ini.

Menurutntya, laman sesawang tersebut akan memudahkan para pelajar mengundi, malah membolehkan pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal untuk turut sama mengundi.

"Saya mahu melibatkan lebih ramai pelajar untuk keluar mengundi dan bersama-sama terlibat dalam proses pilihan raya kampus ini yang dijalankan pada setiap tahun.

"Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua petugas terlibat yang telah berusaha memastikan kelancaran pilihan raya kampus walaupun ia pertama kali diuruskan sekretariat terdiri daripada pelajar sendiri," katanya pada Majlis Penghargaan Kepada Petugas Pilihan Raya Kampus Sesi 2018/2019 di Pusat Islam, semalam.

Beliau berkata, tempoh dua minggu tersebut sangat baik dan teratur, namun pihak JHEP tetap akan mencari segala kelemahan sepanjang proses pemilihan itu dan memperbaikinya pada masa hadapan.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM