Malay English

CAREER FAIR BANTU PELAJAR KENALI DUNIA KERJAYA

CARRER FAIR

 

Bagi memberi input tentang tempat praktikum dan persediaan kepada kerjaya yang bakal diceburi mengikut bidang yang diminati kepada mahasiswa UUM, Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC) Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan program UUM Career Fair 2018 selama dua hari di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah baru-baru ini.

Karnival ini juga memberi peluang kepada mahasiswa UUM yang akan bergraduasi pada bulan November ini untuk mencari penempatan pekerjaan.

Pelbagai agensi mengambil bahagian dalam karnival ini seperti The Agency Group, Graduan, Job Malaysia Kedah, Perbadanan Usahawan Nasioal Berhad (PUNB), Public Gold, Agensi Pekerjaan The Recruiter, ASK Resources, Continential Tyre Malaysia, ViTrox Corporation Berhad dan Public Mutual.

Program UUM Career Fair 2018 mendapat sambutan yang memberansangkan daripada pelajar dan bakal graduan UUM.

 

Menurut pelajar tahun akhir, Nurul Asyikin program Career Fair ini amat membantu para pelajarkhususnya mereka yang berada di tahun akhir.

“Dengan adanya booth walk-in resume pelajar telah mendapat nasihat yang tepat dan tidak lagi risau tersalah mengisi maklumat di dalam resume,” katanya.

Perasmian UUM Career Fair 2018 disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM