Malay English

PERSONAL DIGITAL MUTAWWIF MUDAHKAN JEMAAH TUNAIKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH

PENCIPTA UUM

 

Menyedari kesukaran bergantung kepada buku panduan manual ketika menunaikan ibadah haji dan umrah khususnya, penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Prof Madya Dr Ariffin Abdul Mutalib telah membangunkan aplikasi digital 'Personal Digital Mutawwif' (PDM) yang mampu membantu menyelesaikan pelbagai kesukaran yang dihadapi oleh jemaah sepanjang berada di Tanah Suci Mekah.

Berbekalkan dana Geran Pasca Siswazah berjumlah RM10,000, beliau bersama ahli pasukannya, Ahmed Sheikh Abdullah Al-Aidaroos mengambil inisiatif untuk memudahkan jemaah haji khususnya dalam amalan haji dan umrah serta manjalani ibadah termasuk membaca doa dan zikir berdasarkan lokasi semasa mereka.

Umumnya, ibadah haji dan umrah dijalankan dalam suasana yang sangat padat dengan jemaah dari seluruh dunia dan jemaah pula perlu memberi perhatian kepada mutawwif serta buku panduan ibadah yang disediakan.

Jemaah yang berada di Tanah Suci pula ada pelbagai kategori, ada yang gagah dan lancar membaca mungkin kurang menghadapi masalah berbanding jemaah yang kurang lancar membaca (terutama Bahasa Al-Quran), rabun dan lemah tenaga yang mana kesesakan dalam lokasi ibadah memberi kesukaran kepada mereka untuk melaksanakan amalan yang terbaik.

Dalam keadaan yang bersesak-sesak itu, buku panduan mungkin akan terjatuh, halaman tertukar atau lupa pusingan tawaf sudah menjadi perkara biasa.

Prof Madya Dr Ariffin berkata, mereka membangunkan aplikasi PDM untuk melaksanakan peranan mutawwif dengan membolehkan setiap jemaah mempunyai mutawwif peribadi.

"Peranan yang dimainkan oleh PDM termasuk menyediakan semua doa dan zikir di setiap lokasi dalam ibadah haji dan umrah berserta pengkisahan di setiap lokaliti.

"Bagi setiap zikir dan doa, PDM bukan hanya sediakan dalam bentuk tulisan, malah PDM juga bacakan kepada jemaah untuk membolehkan mereka membaca bersama dengan yakin," katanya.

Tambah beliau, bacaan oleh PDM direka bentuk bersesuaian dengan konteks penggunaan iaitu bacaan yang jelas, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan, bagi membolehkan jemaah membacanya dengan tepat.

Ujarnya, aplikasi yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi bagi membantu jemaah ini berfungsi pada platform Android dan iOS yang mana ia memaparkan teks dalam Bahasa Arab dan terjemahan dalam Bahasa Malaysia serta audio bagi doa dan zikir yang dikumpul dan disahkan menggunakan Java 2 Platform, Micro Edition (J2ME).

Beliau yang juga Dekan SMMTC berkata, aplikasi itu terbukti berguna kerana ianya mudah dan senang untuk kegunaan jemaah haji dan umrah kerana ia bukan sahaja beroperasi menggunakan antaramuka butang, malah menerima arahan suara dan GPS untuk berinteraksi dengan pengguna.

"Bagaimanapun, PDM ini bukan dibangunkan bagi menggantikan tugas mutawwif (manusia) atau pendekatan sedia ada untuk membaca doa dan zikir, sebaliknya ia dibangunkan sebagai alternatif bersesuaian dengan kemampuan teknologi.

"Jemaah seharusnya belajar dahulu mengenai ibadah haji dan umrah beserta segala doa dan zikirnya sebelum berada di Tanah Suci dan sebaiknya, proses belajar itu dilakukan bersama guru yang fakih, agar apabila berada di Tanah Suci, penggunaan alat bantu apa pun menjadi lancar," katanya. 

Hasil ciptaan PDM itu turut melayakkan beliau dan Ahmed Sheikh Abdullah Al-Aidaroosa memperoleh pingat gangsa pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2017, Best Paper Award pada Creative Industry International Conference 2015 (CIIC) dan pingat perak di National University Carnival of E-Learning (NUCEL).

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM