Malay English

NAIB CANSELOR MENGHADAP TUNKU PRO-CANSELOR SEMBAH MAKLUM MAJLIS KONVOKESYEN KE-31

image003tjktjk

 

Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah menghadap Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Ibni Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah merangkap Pro-Canselor UUM di Keriang Hill.

Majlis menghadap ini bertujuan menyembah maklum bahawa Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah bersetuju dengan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehudin, Raja Muda Kedah sebagai Pro-Canselor baharu UUM berkuat kuasa 1 Ogos 2018 sehingga 31 Julai 2021.

Selain itu, beliau menyembah maklum tentang Majlis Konvokesyen Ke-31 UUM akan berlangsung pada 11 hingga 15 November ini yang mana UUM akan memulakan istiadat konvokesyen dengan pemasyhuran Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah sebagai Pro-Canselor UUM yang baharu pada sesi pertama.

Naib Canselor juga menyembah maklum tentang sesi Majlis Konvokesyen Ke-31 bersama Tunku Pro-Canselor adalah pada sesi ketiga.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM