Malay English

UUM TERIMA AGIHAN ZAKAT BANK ISLAM RM55,000

jsryj

 

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM55,000 kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan.

Sesi Penyerahan Cek Zakat disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, BIMB, Mohd Muazzam Mohamed kepada Bendahari UUM, Amron Man yang mewakili Naib Canselor. 

Menurut Mohd Muazzam, sumbangan zakat kepada pelajar UUM yang merancakkan pembangunan pendidikan adalah sebahagian aktiviti CSR BIMB yang memperuntukkan RM8 juta setiap tahun bagi tujuan tersebut.

“Kami ingin menerapkan prinsip Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang menjadi sebahagian DNA kita seperti yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia.

“Prinsip VBI ialah perniagaan yang dilakukan oleh IslamicBbank seperti Bank Islam yang bukan sekadar menumpukan patuh syariah tetapi mempunyai value added,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Zakat Daripada Bank Islam Kepada UUM di Balai Tamu, baru-baru ini.

Mengulas lanjut asal penubuhan, Bank Islam satu-satunya bank yang menjalankan urus niaga berdasarkan prinsip syariah termasuk produk dan konsep kemudian semakin banyak Islamic Bank yang muncul.

“Orang muda mula bertanya apa bezanya bank Islamik dan bank konvensional dan yang membezakannya adalah roh itu sendiri, the interm of purpose.

“Bank Islam fokus kepada prosperity dan ekosistem, maknanya kita tengok impak kepada masyarakat dan environment, apabila menjalankan perniagaan produk yang ditawarkan bukan sekadar memenuhi kehendak syariah tetapi juga mempunyai nilai tambah,” ucapnya.

Bank Islam komited menjadi sebuah institusi kewangan yang berdedikasi di samping membina masa depan mampan yang mempromosikan ekonomi terangkum dan kemajuan sosial untuk pihak berkepentingan pada masa yang sama menawarkan perkhidmatan berkualiti. 

“Terima kasih bersama kami meneruskan kerjasama yang dirintis sejak 2005, program Unidebit yang dilancarkan di UUM merupakan program pertama Bank Islam dan diteruskan di IPTA lain.

“Sejak itu, kami terus melakukan beberapa inovasi dari segi mempromosikan konsep cash transaction di universiti menggunakan kad debit,” katanya.

Sementara itu Amron berkata, pelajar yang layak menerima bantuan zakat terdiri daripada muslim, pelajar UUM dan keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Kita memilih pelajar ini untuk membantu meringankan beban mereka  terutamanya B40 dengan memberi kupon untuk membiayai makanan dan bukan dalam bentuk tunai dalam usaha mendidik mereka,” katanya.

Beliau bersyukur dengan kerjasama antara UUM dengan Bank Islam sejak 14 tahun lalu dari kaedah manual kepada eletronik apabila Bank Islam memperkenalkan smart card dan berurusan sehingga sekarang.  

“Sejak 2005 kita selalu mendapat sumbangan zakat dari Bank Islam dan berharap kerjasama ini tidak terhad kepada zakat, sebaliknya lebih meluas memandangkan bajet terhadap universiti telah dikurangkan,” tambahnya.

Hadir sama, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Pegawai Kanan BIMB dan pegawai universiti.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM