Malay English

STAF UUM RAIH PERAK DALAM BOLING PADANG SUKAN PARA ASIA 2018

image003

Pegawai Penyelidik Sosial Kanan, Abdul Rais Mohamad Mokhtar bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila berjaya meraih pingat perak pada Temasya Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Beliau memenangi pingat tersebut melalui acara boling padang (lawn bowls) bagi kategori perseorangan lelaki B8, manakala pingat emas telah dimenangi Korea dan gangsa dimenangi Indonesia.

Selain itu, beliau dari Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) juga turut menyumbang pingat gangsa bagi kategori berpasukan B8.

Abdul Rais berkata, beliau gembira dan bangga kerana dapat menyumbang pingat kepada negara dan pada masa sama mengharumkan nama UUM.

Katanya, antara cabaran sepanjang berada di Sukan Para Asia apabila beliau bersama atlet lain bertanding di bawah cuaca panas dari jam 8 pagi hingga ke lewat petang.

“Namun, ia adalah satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan dan cabaran yang memberi pulangan berbaloi kepada saya dan pasukan Malaysia,” katanya.

Sukan Para Asia 2018 yang berlangsung dari 6 hingga 13 Oktober mempertandingkan 18 acara sukan dan disertai 39 buah negara.

Tahniah!

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

Footer 1 jan 2019

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Monday, July 15 2019 Time 4:00 PM