Malay English

SIFEC 2018 Bincang Cabaran Kewangan Islam

SIFEC-2018-DISCUSSES-THE-CHALLENGES-OF-ISLAMIC-FINANCE

 

SARAJEVO - Sarajevo Islamic Finance And Economics Conference (SIFEC) 2018 membincangkan isu cabaran dalam pembangunan kewangan Islam di perpustakaan Gazi Husrev-Bey, Bosnia dan Herzegovina, Sarajevo.
 
Persidangan yang disertai negara Eropah dan Asia Barat dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Duta Malaysia ke Bosnia, Tuan Zakry Jaafar diikuti Ucaptama Tokoh Ekonomi Islam, Prof. Mohamed Iqbal Asaria dari United Kingdom. 
 
Tirai persidangan dibuka dengan Sidang Panel yang terdiri daripada panel antarabangsa seperti Dr. Natalie Schoon, Alquity Transforming Lives Foundation, United Kingdom; Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam, IBS UUM; dan Kuveyt Turk Bank Private Banking and Wealth Management Group Manager, Turki Dr. Okan Acar.
 
Menurut Asmadi, bertemakan Cabaran dalam Ekonomi dan Kewangan Islam di Eropah, persidangan dirancakkan dengan beberapa sesi selari yang turut melibatkan pensyarah UUM, Prof. Madya Dr. Zairani Zainol.
 
Ulasnya, seminar ini merupakan anjuran bersama Pusat Pengajian Perniagaan Islam, IBS UUM; European Association of Islamic Economics, Banking and Finance (EUIEBIF) dan School of Economics and Business, Universiti Sarajevo, Bosnia.
 
“Saya bersyukur kerana penglibatan dalam persidangan berimpak tinggi dapat mengetengahkan UUM sebagai pusat pengajian Perniagaan Islam kepada masyarakat dunia sebagai satu cara membawa pakar UUM menyertai acara global. 
 
“Program ini penting kepada IBS UUM terlibat dalam program yang mempunyai impak tinggi dengan masyarakat global.
 
“UUM juga telah memeterai Mou dengan Universiti Sarajevo dalam melakukan pelbagai kerjasama akademik dan mereka berhasrat meneruskan kerjasama pada masa akan datang,” katanya.
 
Jelasnya, ini merupakan kali pertama IBS UUM dijemput berkongsi ilmu dan melatih peserta mengenai praktis kewangan Islam di Malaysia yang berkembang pesat.
 
“Saya berharap supaya bidang ilmu perniagaan Islam akan terus berkembang dan IBS UUM menjadi sebahagian agen penting dalam perkembangan tersebut hasil daripada program ini di samping peserta dapat melihat pendekatan berbeza bagi setiap negara,” luahnya.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer_UUM_nov2018.png

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, December 2 2018 Time 9:00 AM