Malay English

Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan 2018 Berkonsepkan Expressive Arts Inspiration For Mom & Dad

THE-NATIONAL-PARENTS-DAY-CELEBRATION-2018-SHOWCASES-THE-THERAPEUTIC-EXPRESSIVE-ARTS-INSPIRATION-FOR-MOM-AND-DAD

 

PERLIS - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah bekerjasama dalam mencipta rekod Expressive Arts Inspiration for Mom & Dad untuk The Malaysia Book Of Records menggunakan pendekatan Art Therapy sempena Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan 2018 di Dewan Wawasan 2020, Kangar.
 
Penyelaras bersama Malaysia Book of Records LPPKN-UUM, Dr Azizah Abdullah berkata, aktiviti itu diilhamkan dari hasil jalinan kerjasama penyelidikan kolaborasi 1 + 3 yang melibatkan UUM, LPPKN, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta daripada berbagai aktiviti dibawah penyelidikan `Knowledges Transfer Program 2017` KPT-UUM-MAINS.
 
Menurutnya, konsep Expressive Arts Inspiration for Mom & Dad diketengahkan sebagai aktiviti utama Sambutan Hari Ibu dan Bapa 2018 sebagai satu wadah luahan dan penghargaan yang tidak ternilai kepada ibu dan bapa. 
 
"Bertemakan 'Ibubapa Anugerah Istimewa' telah mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengumpulkan 1500 expresi lukisan selama dua bulan yang turut melibatkan penyertaan daripada sukarelawan pelajar UUM, kakitangan UUM dari PERPATI, KESKA dan pelbagai jabatan di UUM. 
 
"Selain warga UUM, aktiviti ini turut mendapat kerjasama masyarakat setempat bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)," katanya.
 
Majlis perasmian Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis dan turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 
 
Pada majlis itu juga, YAB TPM telah merasmikan `Family Therapeutic Art Studio` (FATAS) yang diwujudkan di LPPKN Perlis sebagai pusat sokongan psikologi keluarga dan komuniti serta sebagai pusat untuk penyelidikan kolaborasi 1 + 3 UUM-LPPKN.
 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM