Malay English

Tan Sri Rafidah Aziz: Kukuhkan Tiga Tonggak Utama Negara

TAN-SRI-RAFIDAH-AZIZ - REINFORCE-THE-THREE MAIN-PILLARS-OF-THE-NATION

 

SINTOK - Sejauh manakah tsunami politik Malaysia yang melanda terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini telah mengubah atau memberi kesan kepada ekosistem perniagaan negara?
 
Kupasan isu tersebut telah dikongsikan bersama Profesor Adjung OYAGSB, Tan Sri Rafidah Aziz menerusi ilmu dan pengalaman beliau yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga sebagai veteran politik dalam BizTalk 'Dare To Change: Lesson Learnt from the Malaysian Political Tsunami and its impact on Business Ecosystem' di Studio OYAGSB.
 
Tan Sri Rafidah berkata, pertukaran kerajaan memerintah bukan disebabkan tsunami politik tetapi akibat berlakunya pelbagai skandal sehingga menimbulkan kesedaran kepada rakyat untuk melakukan perubahan dalam pengurusan negara.
 
Katanya, rakyat tidak mengundi untuk mewujudkan tsunami tersebut, sebaliknya menggunakan hak diberikan setiap lima tahun sekali itu untuk menukar kerajaan melalui pilihan raya.
 
“Kini, kerajaan sudah berubah dan membuat pelbagai keputusan termasuk berkaitan isu ekonomi di negara ini, tambahan keadaan ekonomi sekarang yang penuh dengan ‘headwinds’ atau melalui pertumbuhan yang sukar.
 
“Namun, paling penting sebelum melangkah lebih jauh, kita perlu membina ketahanan negara dan menguatkan tiga tonggak utama iaitu politik, ekonomi dan budaya sosial,” ujarnya.
 
Pada masa sama, beliau juga meminta supaya ahli akademik memainkan peranan penting untuk melakukan perubahan.
 
Katanya, input yang diberikan golongan tersebut mampu membantu dengan mengusulkan kepada kerajaan tentang perubahan yang dirasakan wajar dilakukan.
 
Dalam sesi selama hampir dua jam yang turut disertai Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak itu turut diadakan sesi soal jawab.
 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM