Malay English

Kerjasama UUM Dan Khon Kaen University, Thailand Perkasakan Bidang Penyelidikan

COOPERATION-BEETWEEN-UUM-AND-KHON-KAEN-UNIVERSITY-THAILAND-SET-TO-STRENGTHEN-THE-FIELD-OF-RESEARCH

 

SINTOK - Bagi memperkasakan lagi bidang penyelidikan khususnya di persada antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Khon Kaen University (KKU), Thailand telah menjalinkan kerjasama dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) Penyelidikan.
 
Kedua memorandum tersebut telah ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim yang mewakili Naib Canselor dan Presiden KKU, Prof Madya Dr Kittichai Triratanasirichai di Balai Tamu.
 
Prof Dr Yusnidah dalam ucapannya berkata, sebagai universiti dinamik, KKU telah mengambil inisiatif strategik dengan mewujudkan kerjasama akademik dengan UUM dalam beberapa bidang seperti penyelidikan bersama melalui geran padanan, penerbitan bersama, pertukaran staf akademik, pelantikan sarjana pelawat dan program mobiliti pelajar.
 
Menurutnya, antara tujuan pemeteraian MoU itu adalah jalinan Program Kerjasama Geran Padanan SBM UUM dan Sekolah Perniagaan Khon Kaen untuk menyediakan sokongan awal kepada fakulti atau pusat pengajian memulakan projek penyelidikan secara bersama  dalam bidang baharu.
 
"Selain itu, kita akan mewujudkan program latihan penyelidikan dan penyelidikan dalam skala besar serta memperkasakan biasiswa kedua universiti melalui off-campus faculty fellowships.
 
"Saya berharap dengan adanya program kerjasama ini, SBM dan KKU akan terus cemerlang dalam melatih dan melahirkan generasi penyelidik masa hadapan, malah lebih ramai juga pelajar siswazah dan pasca siswazah akan terus menonjol dalam penyelidikan mereka sama ada di peringkat universiti, agensi kerajaan dan swasta," katanya.
 
Tambah beliau lagi, menerusi MoU itu juga diharap KKU akan mengambil peluang untuk menghantar lebih ramai pelajar dan staf akademik mereka ke UUM bagi bertuakr ilmu dan pengalaman dalam pelbagai bidang antaranya pemasaran, pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pentadbiran awam, pengurusan sumber manusia dan keusahawanan.
 
Katanya, beliau berharap MoU itu akan memperkukuh hubungan baru yang wujud antara kedua-dua universiti dan menyediakan platform untuk kerjasama akademik dan budaya yang lebih besar bagi memaksimumkan perkongsian antarabangsa.
 
Sementara itu, Presiden KKU, Prof Madya Dr Kittichai berkata, KKU kini sedang memenuhi keperluan akreditasi AACSB dan berhasrat untuk menjadikan UUM sebagai mentor yang dapat memberikan nasihat serta tunjuk ajar bagi merealisasikan impian KKU mendapatkan akreditasi tersebut.
 
Ujarnya, dengan jalinan kerjasama kedua universiti itu diharap dapat memberi satu nilai tambah kepada kualiti aktiviti yang telah dirancang dan bakal dirancang.
 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM