Malay English

Kemasukan Baharu Pelajar Program Asasi Pengurusan

UUM-CENTRE-FOR-FOUNDATION-STUDIES-IN-MANAGEMENT-WELCOMES-NEW-STUDENTS

 

SINTOK - Kira-kira 206 pelajar Program Asasi Pengurusan bakal mengikuti pengajian di peringkat pra-ijazah apabila mendaftar pada sesi kemasukan 2018/2019 di Inasis TNB.
 
Pendaftaran pelajar bermula seawal 8.30 pagi diikuti Pendaftaran Akademik & Smart Card seterusnya pelajar akan menjalani program Suai kenal selama lima hari sebelum memulakan kuliah pada 1 Julai  ini.
 
Manakala perjumpaan waris telah berlangsung di Dewan Seminar Pusat Islam yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim.
 
“Saya mewakili Naib Canselor dan warga UUM mengalu-alukan semua waris pelajar ke UUM, mereka merupakan batch kelima yang terdiri daripada pelajar cemerlang pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 
 
“Para pelajar akan dididik menjadi ‘feeder’ kepada 40 program yang ditawarkan oleh UUM di peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti  dan dapat menggunakan peluang belajar dengan sebaik mungkin sepanjang berada di sini,” ucapnya.
 
Jelasnya, Program Asasi Pengurusan mempunyai keunikannya tersendiri misalnya majoriti pensyarah mempunyai kelayakan akademik tertinggi (PhD), berpengalaman mengajar serta berkemahiran dalam membantu pembentukan modal insan yang dinamik dan  inovatif. 
 
“Berdasarkan laporan pencapaian akademik pelajar bagi kemasukan sesi 2017/2018 lulus cemerlang menyaksikan seramai 163 pelajar meraih PMK 3.50 ke atas yang layak menerima Director’s Award.
 
“Pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik dan kepimpinan pula akan dipilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Anugerah Tokoh Pelajar pada semester akhir pengajian,” katanya lagi.  
 
Menurutnya, UUM komited melaksanakan aktiviti yang dapat membantu  pelajar dalam pembentukan sahsiah dengan menerapkan program multidisiplin, program pembangunan masyarakat dan bahasa Inggeris.  
 
“Saya mengucapkan syabas kepada Prof. Dr. Abdul Razak Yaakub, Pengarah, Pusat Asasi Pengurusan, pensyarah dan warga kerja kerana memberi perkhidmatan dan pengurusan terbaik dalam menyediakan prasarana pembelajaran yang selesa,” tambahnya.  
 
Sementara itu, Pelajar dari Selangor, Nursyuhadah Zolkifli, 18, meluahkan rasa gembira walaupun pada masa yang sama sedih apabila terpaksa berjauhan dari keluarga namun tetap membulatkan tekad demi pelajaran.
 
“Saya memilih UUM kerana salah satu universiti yang berprestij di Malaysia dan harapan saya adalah untuk mendapat keputusan yang cemerlang seterusnya  melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya,” luahnya yang menyimpan impian untuk bergelar seorang pendidik suatu hari nanti.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM