Malay English

SKPSA 2018 Fokus Pemantapan Integriti Dalam Tadbir Urus Sektor Awam

SKPSA-2018-FOCUSES-ON-THE-CONSOLIDATION-OF-INTEGRITY-IN-THE-GOVERNANCE-OF-PUBLIC-SECTOR

 

SABAH - Menginjak tahun ketujuh penganjuran, Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam 2018 (SKPSA 2018) anjuran Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) terus menumpukan isu-isu semasa yang relevan dalam tadbir urus sektor awam di negara ini.
 
Menfokuskan kepada pemantapan integriti termasuk hal berkaitan kawalan dalam, pengurusan risiko dan keupayaan pengesanan serta pencegahan frod dalam urusan kewangan organisasi, SKPSA menjadi platform ahli akademik dan pengamal industri untuk menjalinkan hubungan kerjasama dan menggalakkan percambahan ilmu dan perkongsian pengalaman masing-masing selama tiga hari mulai 2 Julai lalu di Hotel Klagan Regency, Kota Kinabalu.
 
Dekan TISSA, Prof Madya Dr Chek Derashid berkata, sektor awam perlu lebih efektif dan efisyen dalam menyokong perkembangan dan pembangunan negara melalui tadbir urus kewangan yang dinamik dan mampan.
 
"Kita juga perlu sedar tentang frod dan juga tindakan pengesanan serta pencegahan kerana kawalan dalaman yang cekap dan berkesan dalam mengendalikan sumber kerajaan dapat membantu untuk mencegah salah guna kuasa kuasa dan juga kewangan awam.
 
"Isu yang bincangkan pada seminar ini adalah sangat bersesuaian dengan keadaan persekitaran ekonomi semasa yang mencabar, disusuli dengan tema Tadbir Urus Yang Dinamik Mewujudkan Kebaikan, Menolak Keburukan dan Menghilangkan Kemudaratan," katanya yang mewakili Naib Canselor ketika merasmikan SKPSA itu.
 
Seramai 190 peserta terdiri pegawai tadbir, akauntan dan juruaudit dari pelbagai organisasi awam seluruh negara telah mengikuti seminar tersebut yang menampilkan penceramah seperti mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Presiden Transparency International (M), Dato’ Akhbar Sattar; Ahli Lembaga Pengarah UUM, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff; Mohd Zaki Ismail dari Jabatan Audit Negara; Ustaz Mohd Fadhli Ahmat (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Kota Kinabalu) dan Shuhairoz Mohamed Shukeri (Bahagian Kualiti dan ISO, Jabatan Imigresen Malaysia).
 
Hadir sama, Pengarah SKPSA, Dr Rose Shamsiah Samsudin.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer_UUM_nov2018.png

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, December 2 2018 Time 9:00 AM