Malay English

UUM Dalam Senarai 101-150 Universiti Terbaik Dunia Di Bawah Usia 50 Tahun, Bagi Tahun 2019

UUM-MAKES-IT-INTO-THE-101-150-BAND-IN-THE WORLDS-BEST-UNIVERSITIES-UNDER-50-YEARS-OLD

 

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah disenaraikan di kedudukan 101-150 universiti terbaik dunia di bawah usia 50 tahun melalui kaji selidik QS World University Rankings yang diterbitkan pada 21 Jun 2018.
 
Diterbitkan buat kali pertama pada tahun 2012, QS World University Rankings 50 Under 50 menyenaraikan universiti terbaik yang berusia di bawah 50 tahun berdasarkan kepada keputusan QS World University Rankings terkini.
 
UUM mencatat peningkatan sebanyak 100 anak tangga apabila disenaraikan di kedudukan ke 601-650 dalam QS World University Rankings baru-baru ini.
 
Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak melahirkan rasa syukur di atas penyenaraian ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga UUM yang terus komited menjayakan agenda universiti. 
 
"Warga UUM perlu berusaha lebih gigih dan perbaiki pencapaian untuk terus meningkat dalam kedudukan ranking dunia, khususnya "subject ranking" yang telah dikenalpasti," ujarnya.
 
Menurutnya lagi agenda pengantarabangsaan UUM perlu diperkukuhkan dengan menambah bilangan pelajar antarabangsa, kerjasama antarabangsa dan staf yang lebih bersifat antarabangsa dari segi bilangan dan ketrampilan. 
 
"Agenda penyelidikan, penerbitan dan sitasi juga perlu dipergiat dengan memperkukuhkan pusat-pusat kecemerlangan UCOE dan SCOE," tambah beliau.
 
Penyenaraian terbaru ini meletakkan UUM setaraf dengan University of Canberra, Australia; University of Brighton, United Kingdom; University of Huddersfield, United Kingdom dan Ajou University, Korea.
 
 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer_UUM_nov2018.png

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, December 2 2018 Time 9:00 AM