Malay English

Sultan Kedah Rasmi Rumah Anak Yatim UUM

THE-SULTAN-OF-SULTAN-KEDAH-OFFICIATES-UUM-ORPHANAGE

 

SINTOK - Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman berkenan merasmikan Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM, pada Majlis Berbuka Puasa Peringkat Universiti Utara Malaysia.
 
Baginda yang juga Tuanku Canselor UUM menandatangani plak perasmian Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM sambil disaksikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, dif-dif kenamaan, Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak serta para tetamu. 
 
Baginda turut menyempurnakan penyampaian Kurnia Ramadan berupa sumbangan zakat kepada mahasiswa dan waris anak yatim.
 
Pada majlis itu, pelajar UUM memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran, tazkirah selain dihiburkan dengan artis nasyid terkenal, Fitri Haris yang juga juara Gema Gegar Vaganza Musim Ke-2.
 
Menurut Warden Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM, Ustaz Aus Korni Yahya, Al-Quran mengingatkan manusia tentang tanggungjawab terhadap pihak yang memerlukan bantuan dan bimbingan, antaranya menyantuni anak yatim. 
 
Jelasnya, sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka, UUM sentiasa prihatin menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dengan mewujudkan Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
“Mereka berusia 13 tahun belajar di SMK Bandar Baru Sintok yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ada yang miskin, adik beradik ramai, tinggal bersama bapa saudara, ibu tiri dan alhamdulillah, mereka kelihatan ceria tinggal di sini dalam persekitaran yang kondusif yang juga gedung ilmu.  
 
“Jadi, kita akan berusaha bangunkan potensi mereka sehingga berjaya dengan mengikuti jadual yang disediakan JKM termasuk sembahyang berjemaah di masjid setiap waktu untuk membentuk insan yang cemerlang di dunia dan akhirat,” ujarnya.
 
Jelasnya, rumah tersebut dilengkapi dengan kemudahan yang selesa di samping berpeluang menggunakan kemudahan dalam kampus seperti kompleks sukan, kolam renang, go-kart, padang bola, kafetaria dan Varsity mall.
 
“Semua pembiayaan ditanggung sepenuhnya hasil sumbangan warga kampus dan individu termasuk pakaian, duit poket, buku, yuran, alatan pembelajaran selain pengangkutan pergi balik ke sekolah, perubatan serta tuisyen oleh pensyarah,” ujarnya.
 
Malah katanya, pengalaman dan kepakaran ahli akademik, mahasiswa dan alumni dapat dimanfaatkan bagi mengurus pemasalahan yang timbul, khususnya yang berkaitan dengan anak yatim di negara ini.
 
“Terima kasih kepada staf yang menyumbang dengan membuat potongan gaji mahupun tunai, kami mengalu-alukan semua PTJ untuk bekerjasama menggilap potensi anak syurga ini melalui aktiviti yang dijalankan agar mereka boleh pergi lebih jauh.
 
“Sesungguhnya amal jariah dan harta yang kita sedekahkan di jalan Allah akan menemani kita menghadap Allah,” tambahnya.
 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM