Malay English

27 Staf Akademik Dan Pentadbiran Terima Kenaikan Pangkat

27-ACADEMIC-AND-ADMINISTRATIVE-STAFF-RECEIVE-LETTERS-OF-PROMOTION

 

SINTOK - Seramai 27 staf akademik dan pentadbiran Universiti Utara Malaysia (UUM) masing-masing dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54), Pensyarah Kanan (DS52) dan Pegawai Tadbir (N54) dalam majlis yang diadakan di Bilik Seri Delima pagi ini.
 
Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat itu disempurnakan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.
 
Naib Canselor berkata kenaikan pangkat itu merupakan pengiktirafan kepada staf yang telah memberi sumbangan yang cemerlang kepada universiti sama ada dalam bidang akademik mahupun pentadbiran.
 
"Kenaikan pangkat ini adalah sebagai suntikan moral untuk staf terus bekerja dengan lebih kuat bagi melonjakkan lagi universiti ini di persada dunia, justeru staf-staf yang dinaikkan pangkat perlu meningkatkan kualiti dan mengubah mindset masing-masing.
 
"Bagi ahli akademik, kita perlu meletakkan penanda aras dengan universiti-universiti terbaik di dunia bukan sekadar di kampus ini atau di Malaysia semata-mata.
 
"Begitu juga dengan para pentadbir, kenaikan pangkat ini harus disusuli dengan peningkatan tahap profesionalisme bagi meningkatkan lagi kecekapan mengurus dan mentadbir universiti," ujarnya ketika berucap pada majlis tersebut.
 
Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat itu menyaksikan seramai 20 staf akademik dinaikkan pangkat ke Profesor Madya (DS54), lima staf akademik dinaikkan pangkat ke Pensyarah Kanan (DS52) dan dua staf pentadbiran menerima kenaikan pangkat ke gred N54.
 
Sementara itu pada majlis yang sama Naib Canselor turut melancarkan Kutipan Zakat Fitrah 1439H UUM.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer_UUM_nov2018.png

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, December 2 2018 Time 9:00 AM