Malay English

Semarak Kasih Ramadhan @ OYAGSB

SEMARAK-KASIH-RAMADHANOYAGSB

 

KEDAH - Program Semarak Kasih Ramadhan 1439H di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh warga OYAGSB.  
 
Sebanyak 30 pakej barangan keperluan asas berupa beras, minyak masak dan gula telah diedarkan kepada golongan yang tidak bernasib baik serta serba kekurangan.
 
Kutipan sumbangan diusahakan sejak awal Ramadhan lagi dan sejumlah wang telah berjaya dikumpulkan bagi membolehkan urusetia membeli barangan keperluan asas tersebut.
 
Antara penerima sumbangan adalah staf yang tidak bernasib baik dan juga mereka yang serba kekurangan yang tinggal di kawasan perkampungan berhampiran seperti di Kampung Tradisi-Changlun, Kampung Sungai Baru-Jitra dan Kampung Bukit Teriak di Alor Setar. 
 
Timbalan Dekan, Prof. Dr. Shahizan Hassan berkata, “Usaha yang  telah dilaksanakan saban tahun ini membuktikan keprihatian warga OYAGSB terhadap golongan yang tidak bernasib baik di samping sebagai satu inisiatif OYAGSB menyumbang kembali kepada masyarakat sekitar,” ujarnya.
 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM