Malay English

Dinesh Timba Ilmu Di New York, AS

DINESH-SOAKS-IN-KNOWLEDGE-AT-UNITED-NATIONS-IN-NEW-YORK-USA

 

AMERIKA SYARIKAT - Mimpi menjadi kenyataan buat Dinesh VM Ramachandran, 23 apabila menjejakkan kaki ke New York, Amerika Syarikat sempena persidangan antarabangsa, Future We Want Model United Nations (FWWMUN), baru-baru ini.
  
Dinesh mewakili Beta Gamma Sigma UUM Chapter, Universiti Utara Malaysia Model United Nations (UUMUN) dan Malaysia dalam persidangan yang dianjurkan oleh Future We Want Model United Nations Associations (FWWMUNA) di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
 
“Saya bertuah terpilih dalam persidangan yang dihadiri kira-kira 2,000 delegasi seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, budaya, warna kulit, bahasa dan kepercayaan namun tidak menjadi penghalang untuk mengenali satu sama lain, kerjasama dan perkongsian idea.
 
“Kembara sepanjang 3 hari itu memberi pencerahan kepada saya mengenai anak-anak muda yang begitu bijak dan petah berkata-kata melontarkan idea untuk mewujudkan satu  resolusi yang berguna untuk diserahkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya,” luah siswa Sarjana Muda Kewangan.
 
Bertemakan Peranan Pemuda dalam Pembangunan Mapan, setiap delegasi berpeluang menyuarakan pendapat, dan berdebat dalam membicarakan isu antarabangsa yang masih tiada solusi dari PBB selain menampilkan pakar untuk membincangkan isu politik dunia dengan lebih mendalam. 
 
Persidangan tiga hari ini melibatkan Jawatankuasa Ekonomi dan Kewangan (ECOFIN), Suruhanjaya mengenai Status Wanita, Perlucutan dan Keselamatan Antarabangsa, Jawatankuasa Sosial, Kemanusiaan dan Kebudayaan, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dan Perhimpunan Kesihatan Sedunia. 
 
Dengan memikul harapan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa UUM, Dinesh menerima tugasan mewakili negara Peru dalam isu sanitasi air, pertanian, makanan, keselamatan dan pemakanan. 
 
“Penyediaan kertas kerja yang harus dibentangkan pada persidangan tersebut telah memberi peluang kepada saya untuk bekerjasama dengan delegasi dari Portugal yang juga mempunyai minat yang sama dalam isu tersebut. 
 
“Persidangan memfokuskan agenda 2030 yang diperkenalkan PBB iaitu rangka kerja global baru untuk membantu membasmi kemiskinan dan mencapai pembangunan mampan menjelang 2030.
 
Tambahnya, pada malam kebudayaan dimeriahkan dengan seni persembahan yang menarik dan unik, setiap delegasi memakai pakaian tradisional yang mempamerkan keaslian mutu dan pakaian negara masing-masing.  
 
Selain itu Dinesh meneroka persekitaran yang indah diliputi salji memutih, melawat Empire State, Central Park, Top of the Rock, Wall Street, Time Square, dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
 
“Peluang hanya datang sekali seumur hidup, hargai setiap peluang yang di depan mata dan percayalah setiap daripada kita mampu menonjolkan bakat yang terpendam,” katanya.  
 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM