Malay English

RICE 2018 Platform Pelajar Pamer Kemahiran

RICE-2018-OFFERS-THE-PLATFORM-FOR-STUDENTS-TO-SHOWCASE-THEIR-TALENTS

 

SINTOK - Pameran Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (RICE 2018) anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) menjadi medan kepada pelajar untuk mempamerkan kemahiran mereka sepanjang tempoh pengajian di universiti ini.
 
Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu Pengurusan Perniagaan, Keusahawanan, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, ICT dan Multimedia serta kategori Terbuka.
 
Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, penganjuran RICE buat kali kedua itu adalah bertujuan memberi ruang kepada pelajar SBM khususnya untuk mempamerkan kemahiran mereka selaras dengan pengetahuan yang diperoleh semasa menghadiri daripada pelbagai kuliah yang dihadiri oleh pelajar.  Program kali ini juga turut disertai oleh peserta-peserta dari luar yang turut mempertandingkan hasil innovasi dan kreativiti mereka.
 
Justeru, katanya, ia merupakan program yang dibangunkan untuk membolehkan mereka mengemukakan idea dalam bentuk projek, pelan perniagaan, hasil inovasi dan sebagainya.
 
Projek Auto S.O.S dari kategori ICT dan Multimedia yang diketuai Norsaleha Idris dan dibawah seliaan Prof. Madya Dr Thi Lip Sam telah berjaya merangkul juara keseluruhan pada RICE 2018, selain menjadi juara bagi kategori tersebut.
 
Selain itu, lima lagi kategori lain iaitu Pengurusan Perniagaan dimenangi UUM Food Delivery App, Keusahawanan (Product Innovation: Ola Hiking Stick), Pemasaran (J.CO Coffee & Donuts Service Blueprint), Pengurusan Sumber Manusia (Crack Your Character (CYC) dan kategori terbuka dimenangi oleh Kolej Vokasional Alor Setar dengan projek mereka Smart Portable Cooling Box.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM