Malay English

Prestasi Pegawai Tadbir Perlu Seiring Dengan Produktiviti

PERFORMANCE-OF-OFFICERS-MUST-COMMENSURATE-WITH-THEIR-PRODUCTIVITY

 

SINTOK - Pegawai tadbir universiti yang menerima kenaikan pangkat pada hari ini disarankan untuk menunjukkan prestasi cemerlang dengan meningkatkan produktiviti kerja.
 
Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, untuk meningkatkan prestasi itu, mereka perlu mengubah cara kerja sedia ada seiring dengan kelayakan yang diterima, malah berupaya menonjolkan nilai positif.
 
"Untuk menjadi seorang berjaya, kita perlu berfikiran dan bersikap positif untuk masa hadapan. Kerja perlu lebih kuat, tingkatkan kredibiliti dan keyakinan diri masing-masing.
 
"Pegawai tadbir ini juga perlu buktikan bahawa mereka semua layak untuk menerima kenaikan pangkat dan tidak sesekali lupa untuk berterima kasih kepada universiti di atas penerimaan tersebut," katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran di Sri Delima, tadi.
 
Pada majlis itu, seramai 13 staf pentadbiran dinaikkan pangkat membabitkan tiga Pegawai Tadbir (N52), lima Pegawai Tadbir (N48) dan lima Pegawai Tadbir (N44).
 
Turut menerima watikah kenaikan pangkat ialah dua staf akademik masing-masing menerima kenaikan ke jawatan Profesor Madya (DS54) dan Pensyarah Kanan (DS52).

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM