Malay English

ANEKA JUADAH DI BAZAR RAMADAN PUSAT ISLAM – KEBAB, SATE, AYAM GUNTING, SALAD BUAH, KUIH, LAUK-PAUK

image002

 

SINTOK - Aneka juadah makanan dan minuman yang lazat termasuk citarasa timur tengah menarik perhatian ramai warga kampus ke Bazar Ramadan, di perkarangan Pusat Islam UUM bermula 1 Ramadan.

Menurut Pengarah, Prof. Madya Dr. Ismail Ishak, Bazar Ramadhan 1439H merupakan salah satu inisiatif Pusat Islam mencari dana bagi membiayai jamuan berbuka puasa setiap hari di Masjid Sultan Badlishah, Masjid Imam Ash-Shafi’e dan Surau Laluan C.

“Kami mengalu-alukan warga kampus untuk mengunjungi bazar untuk membeli makanan yang dijual oleh staf, masyarakat dan pelajar termasuk dari Palestin, Syria dan Indonesia yang menghidangkan citarasa negara masing-masing.

 

“Menariknya, ramai pelajar bukan Islam turut memeriahkan bazar Ramadan bagi mendapatkan makanan kegemaran masing-masing selain memberi pendedahan mengenai bidang keusahawanan sebelum melangkah ke alam pekerjaan,” katanya.

Pengunjung juga boleh terus berbuka puasa yang disediakan secara percuma di Masjid Sultan Badlishah dan berharap program ini diteruskan pada masa akan datang sekali gus membantu menambah rezeki peniaga.

Waktu perniagaan bermula dari jam 3 petang sehingga 7.30 petang yang   menyaksikan 23 gerai menanti pengunjung antaranya kuih muih, nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, ayam gunting, manisan dan salad buah.

Sementara itu, Abdal Halim M.A Abu Mamous dari Palestin menjual kebab yang kaya dengan ramuan istimewa rempah ratus, menggunakan roti dan daging menghasilkan aroma yang menyelerakan.

“Masuk sahaja Ramadan umat Islam mendapat rahmat dan setiap amalan mendapat ganjaran besar daripada Allah, begitu juga limpahan rezeki. 

“Program ini memberi manfaat kepada pelajar untuk menonjolkan nilai keharmonian Islam dalam diri sekali gus membuka minda mahasiswa tentang perniagaan sebagai 9/10 daripada punca rezeki,” ujarnya. 

Manakala Ronaldo Mandali teruja menimba pengalaman serta menambah duit poket di bulan yang mulia dengan menjual Salad Buah yang berkhasiat. 

“Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan walaupun   pertama kali berniaga di bazar Ramadan, salad buah habis dijual sebelum masuk waktu berbuka,” ujar Pelajar Sarjana Perniagaan Antarabangsa yang berasal dari Padang, Indonesia.

Ronaldo menjalankan perniagaan bersama rakan-rakan yang turut menjual pisang goreng coklat, popia, murtabak, bakwan dan sate.

“Insya-Allah kalau kita rajin dan berani ketengahkan idea yang kreatif kita akan berjaya, yang paling penting jangan mudah berputus asa dan sentiasa berusaha,” pesannya.

 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM