Malay English

Kegembiraan Berganda Plexus Ungguli Konvensyen KIK Terbuka UUM 2018

DOUBLE-JOY-FOR-PLEXUS-AT-UUM-INNOVATIVE-AND-CREATIVE-CIRCLE-OPEN CONVENTION-2018

 

SINTOK - Kegembiraan berganda buat Kumpulan PLEXUS dari UUMIT apabila muncul juara dan Fasilitator Terbaik pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Terbuka UUM 2018 di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, UUM, semalam. 
 
Kejayaan ini melayakkan mereka membawa pulang hadiah RM2,000 selain menyaksikan Ahmad Ruzaini Janudin dinobatkan sebagai Fasilitator Terbaik masing-masing bagi kategori Pengurusan.
 
Ketua Kumpulan PLEXUS, Yusra Asyikin Md Yunus, bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh dalam projek kedua mereka.
 
“Alhamdulillah, dengan semangat berpasukan, dedikasi dan berkat doa rakan-rakan membuahkan kejayaan dan bila menang peringkat UUM kita akan mewakili peringkat Universiti Awam di Universiti Malaya pada Ogos nanti,” luahnya. 
 
Menurutnya, kumpulan PLEXUS terdiri dari 8 ahli bersilang fungsi daripada empat unit yang mengetengahkan projek bertajuk Kesukaran Pelajar Menyemak Maklumat Akademik Dan Kewangan Melalui Telefon Pintar.
 
“Idea tercetus apabila melihat masalah yang dialami di kalangan pelajar kerana menu di portal terlalu banyak.
 
“Sebelum ini pelajar menggunakan portal yang terlalu banyak menu menyebabkan mereka lambat mencari maklumat dan membuang masa jadi kita bangunkan mobile apps yang lebih mudah dan mesra pengguna,” katanya.
 
Jelasnya, sekiranya masalah ini berlarutan menyebabkan beberapa implikasi seperti pelajar mengambil masa yang lama untuk capai maklumat, pelajar tidak hadir ke kuliah apabila terpaksa ke kaunter Bendahari untuk melihat maklumat kewangan selain terpaksa ke kaunter HEA untuk melihat maklumat akademik.
 
“Menariknya, aplikasi mobile yang dibangunkan ini banyak kelebihannya seperti capaian lebih pantas, menu teratur, mesra pengguna, sesuai untuk semua jenis telefon pintar, paparan lebih jelas dan menarik, mudah diakses dan menjimatkan data.
 
“Kejayaan projek ini terbukti apabila masa yang diperuntukkan untuk menyemak maklumat akademik dari 90 saat dapat dikurangkan kepada 8 saat berbanding sasaran yang dijangkakan iaitu 50 saat sekali gus menunjukkan pengurangan sebanyak 91% atau 82 saat dicapai.
 
“Dari aspek kewangan pembangunan sistem dibangunkan secara dalaman, dan sekiranya dibangunkan oleh pembekal, kos terlibat  sekitar RM7,000, kos deploy ke googleplay dan appstore RM600, penjimatan kos sebanyak RM6,400,” tambahnya.
 
Konvensyen KIK di UUM bermula sejak 2012 kali ini, IPQ telah menerima penyertaan daripada 17 kumpulan KIK menyaksikan 12 kumpulan mewakili pelbagai PTJ di UUM selebihnya organisasi luar.
 
Dua kategori yang dipertandingkan iaitu Pengurusan dan Teknikal. Naib johan bagi kategori Pengurusan adalah kumpulan Paradigma dari Pusat Pengajian Perkomputeran diikuti Blinc dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah.
 
Manakala kategori Teknikal johan dari Permata P.G dari Jabatan Bomba & Penyelamat Pasir Gudang, Negeri Johor, diikuti Reka dari Pusat Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti (PUSPEK), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan ketiga oleh BME Dinamik dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
 
Pengarah Institut Pengurusan Kualiti, UUM, Prof Dr Nor Aziah Abd Manaf berkata, KIK dibentuk sebagai satu mekanisme bagi menyuburkan budaya kerja berkualiti dalam penyelesaian masalah organisasi. 
 
“KIK bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada warga UUM dan organisasi luar untuk menggilap kebolehan dan kompetensi diri. 
 
“Selain menyediakan teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, program KIK juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baharu yang meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan,” katanya. 
 
Ujarnya, kreativiti dan inovasi merupakan elemen kritikal untuk memastikan kelangsungan sesebuah organisasi tanpa elemen ini tidak mungkin organisasi mampu  mencapai misi dan visi sekiranya tahap pengurusan masih di takuk lama.
 
“Saya berharap agar Konvensyen ini mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya kerja yang inovatif dan kreatif di kalangan warga kerja organisasi yang bertanding,” ujarnya.   

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM