Malay English

Syarahan Kursi CIMB-UUM Kupas Struktur Perbankan Di Abad Ke-21

CIMB-UUM-CHAIR-LECTURE-DISCUSSES-THE-21ST-CENTURY-BANKING-STRUCTURE

 

KUALA LUMPUR - Profesor Kursi Perbankan dan Kewangan CIMB-UUM, Prof Dr Jonathan A. Batten telah menyampaikan syarahan bertajuk  “Banking in the 21st Century: What Got Us Here Won’t Necessarily Get Us There,” di EDC Hotel Kuala Lumpur.
 
Syarahan ini adalah syarahan umum ketiga yang dianjurkan bersama oleh UUM dan CIMB dan yang pertama oleh Prof Dr Jonathan bertujuan mengemukakan pandangan-pandangan yang menarik dan idea-idea baru mengenai perkembangan semasa, terutamanya dalam dunia ekonomi, kewangan dan perbankan.
 
Syarahan itu antara lain mengupas  keadaan pasaran terkawal yang dipengaruhi komunikasi yang maju, teknologi robotik, Artificial Intelligence (AI) dan teknologi pengurusan risiko yang membentuk struktur perbankan pada abad ke-21.
 
Menurut beliau walaupun faktor-faktor yang mempengaruhi struktur perbankan itu penting namun faktor kemanusiaan kekal menjadi faktor yang akan membawa kepada kejayaan perbankan pada abad ke-21 dan hal berkenaan perlu diberi penekanan kepada pihak berkepentingan (stakeholder). 
 
"Bank boleh memainkan peranan utama dalam menangani ketidaksamaan yang muncul dalam tahun-tahun kebelakangan ini hasil daripada penyahkawalseliaan (deregulation) dan pengantarabangsaan.
 
Ia mungkin melibatkan pemikiran semula budaya dan agenda pihak berkepentingan," ujarnya.
 
Jelas beliau inovasi dalam teknologi akan terus membentuk apa yang ditakrifkan sebagai bank tetapi pengantaraan (intermediation), pengurusan risiko dan transformasi akan kekal sebagai ciri teras. 
 
"Dari segi sejarah, kebimbangan  mengenai struktur pasaran kewangan telah diutarakan oleh visi dari kerajaan dan supranasional (Garis Panduan Modal Basel; 1B1R; Komitmen Malaysia untuk mengekalkan 50 peratus perlindungan hutan selepas perjanjian COP 21).
 
"Kini berbekalkan teknologi baru, pelaburan individu dan keputusan penggunaan, dapat membantu membentuk agenda menuju ke hadapan.
 
"Justeru kita perlu memastikan adanya mekanisme yang mencukupi untuk keterlibatan komuniti dan individu, sambil menghormati hak privasi AI," katanya.
 
Syarahan itu turut dihadiri Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, pensyarah UUM, kakitangan CIMB, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pelajar.
 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM