Malay English

Cetusan Inovasi Dan Kreativiti, Tingkat Prestasi

SPARK-OF-INNOVATION-AND-CREATIVITY-INCREASES-PERFORMANCE

 

SINTOK - Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Terbuka UUM 2018 memberi peluang kepada kakitangan untuk memberi idea yang lebih kreatif dan inovatif dalam meningkatkan lagi prestasi jabatan masing-masing.  
 
Pengarah Institut Pengurusan Kualiti, UUM, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf berkata, transformasi ekonomi, sosial, teknologi dan budaya yang dinamik memerlukan banyak cetusan inovasi dan kreativiti dalam mendepani revolusi perindustrian 4.0. 
 
“Oleh itu, pelbagai inisiatif transformasi telah dilaksanakan bagi menjadikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan lebih berinovatif dan kreatif, di samping mencipta, membina dan menggunakan kaedah pengurusan yang lebih efektif.
 
“Bagi memastikan inovasi dan kreativiti yang telah dihasilkan kekal lestari, penerbitan dokumen inovasi juga perlu dilaksanakan untuk manfaat bersama,” ucapnya ketika merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Terbuka UUM 2018.
 
Menurutnya, dengan menerapkan konsep knowledge-based dan creativity-driven terhasillah inovasi yang memberikan nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan, sama ada dari sudut pengurusan atau teknikal. 
 
“Inovasi dan kreativiti amat penting bagi mewujudkan persekitaran pekerjaan yang berdaya maju dan kompetitif agar dapat bersaing dalam dunia yang semakin mencabar.
 
“Setiap idea inovasi bermula dengan keazaman dan kualiti kepimpinan dalam erti kata lain, pemimpin yang berkualiti mampu menjadi peneraju inovasi,” luahnya di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen.
 
Namun tambahnya, budaya inovasi bukanlah tanggungjawab pemimpin organisasi sahaja kerana semua kakitangan ialah pengamal justeru itu, rancangan inovasi mestilah melibatkan semua warga kerja. 
 
“KIK merupakan satu mekanisma yang dinamik untuk memberi peluang kepada semua kakitangan dalam proses penyelesaian masalah, penambahbaikan proses kerja dan standard yang sedia ada serta menjana idea baharu. 
 
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Institut Pengurusan Kualiti selaku penganjur dan panel penilai serta syabas kepada semua pasukan yang menyahut cabaran untuk bertanding,” katanya. 
 
Konvensyen kali ini menarik penyertaan luar dari Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Johor dan Kedah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta Pusat Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti (PUSPEK), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). 
 
Dua kategori yang dipertandingkan iaitu Pengurusan dan Teknikal yang menampilkan Anugerah Inovasi Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Fasilitator Terbaik, Anugerah Visual Terbaik dan Anugerah Kreativiti Terbaik.  
 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM