Malay English

'Rasuah Pilihan Raya: Benarkah Ia Wujud?' Dedah Langkah Pencegahan Dan Kesannya

DID-ELECTORAL-BRIBERY-TRANSPIRE-DURING-THE-GENERAL-ELECTION

 

SINTOK - Sejauh manakah penularan gejala rasuah berlaku dalam kalangan masyarakat termasuk pemimpin organisasi bagi mencapai matlamat masing-masing? Malah, perbuatan tersebut juga dikatakan turut berlaku ketika berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) sesebuah negara.
 
Sehubungan itu, Institut Penyelidikan Rasuah Asia (ARIC), UUM telah menampilkan tiga panel iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil; Presiden Transparency-International Malaysia (TI-M), Dato' Akhbar Satar dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani bagi mengupas persoalan itu dalam program Bicara ARIC 'Rasuah Pilihan Raya: Benarkah Ia Wujud?' di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS).
 
Pengarah ARIC, Dr. Rohana Abdul Rahman berkata, program tersebut memberi pendedahan kepada masyarakat kampus dan masyarakat luar tentang rasuah yang merupakan gejala sosial yang semakin parah dalam masyarakat di negara ini.
 
Menurutnya, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana pelaku rasuah mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan untuk kepentingan dirinya sendiri, daripada penerima rasuah seperti pihak berkuasa atau sesebuah syarikat, selepas memberi wang, hadiah atau keraian kepada pihak-pihak tersebut. 
 
Justeru, katanya, Bicara ARIC itu adalah untuk memberi pendedahan langkah pencegahan dan kesan rasuah dalam pilihan raya umum kepada masyarakat dan organisasi.
 
Dalam program yang dikendalikan Felo Bersekutu ARIC, Prof Dr Jamal Ali itu, ketiga panel mengupas persoalan yang berlegar sama ada isu rasuah yang berlaku dalam pemilihan pemimpin organisasi dan masyarakat termasuklah Pilihan Raya Umum benar-benar wujud atau hanya retorik dan perspektif parti-parti politik yang bertanding.
 
 

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM