Malay English

Penyelidik UUM Cemerlang Di ITEX 2018

UUM-RESEARCHERS-EXCELLED-AT-ITEX-2018

 

KUALA LUMPUR - Universiti Utara Malaysia (UUM) terus menonjolkan kecemerlangan apabila lima pasukan penyelidik universiti ini berjaya meraih tiga pingat emas dan dua perak pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-29 (ITEX 2018) yang berlangsung selama dua hari mulai 10 hingga 12 Mei lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
 
Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Prof Madya Dr Razamin Ramli berkata, UUM telah tampil dengan lima hasil inovasi iaitu Kit-Tayammum (Anugerah Khas dan emas), Lead To Lead Recommender (emas), Property Insights – Analytics & Visualisation for Property Intelligence (emas), KIT-Hip, UUM Sintok: Kad Imbas Tersusun-Hidroponik, Universiti Utara Malaysia Sintok (perak) dan PM-TAG: Persuasive Multimedia Truancy Awareness Game (perak).
 
Menurutnya, beliau amat berbangga dengan kemenangan para penyelidik UUM pada tahun ini dan pihak ICC akan melaksanakan tindakan susulan yang proaktif bagi memastikan kesemua produk penyelidikan tersebut dapat dikomersilkan.
 
"ITEX ini merupakan persidangan bertaraf antarabangsa anjuran MINDS (Malaysian Invention and Design Society) yang merupakan satu perhimpunan pencipta tempatan dan antarabangsa serta saintis dari bidang sains dan teknologi yang membawa bersama ciptaan terkini dan inovasi oleh universiti, institusi penyelidikan, pencipta individu, start-up/spin-off dan syarikat dari negara ASEAN, Asia dan Eropah. 
 
"Selain itu, ITEX juga tersenarai sebagai pameran penyelidikan yang diterima oleh instrumen Malaysia Research Assessment (MyRA) dan dengan kutipan pingat pada kali ini, sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan pencapaian MyRA UUM 2018," katanya.
 
Senarai penyelidik serta anugerah yang diterima pada ITEX 2018. Tahniah!
 
 
Produk: Kit-Tayammum
Penyelidik: Prof Dr Shukri Ahmad (Ketua), Prof Madya Dr Razamin Ramli, Dr Hj Mohd Khadafi Hj Rofie, Wan Mohd Arif Wan Ibrahim, Zawawi Mahim, Faizul Che Pa, Ruhiyuddin Mohd Zaki, Murizam Darus, Noorina Hidayu Jamil
Anugerah: Anugerah Khas, INNOPA (Indonesian Invention & Innovation Promotion Associaton). Pingat Emas
..............................................
 
Produk:  Lead To Lead Recommender
Penyelidik:  PPjR. Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (Ketua)
Anugerah: Pingat Emas
..............................................
 
Produk: Property Insights – Analytics & Visualisation for Property Intelligence
Penyelidik: Dr Mohd Faizal Omar (Ketua), Nurul Husna Mahadzir, Prof Madya Sr Dr Mohd Nasrun Mohd Nawi, Mazri Yaakob, Dr Kamaruddin Radzuan, Dr Jastini Mohd Jamil
Anugerah: Pingat Emas
..............................................
 
Produk: KIT-Hip, UUM Sintok: Kad Imbas Tersusun-Hidroponik, Universiti Utara Malaysia Sintok
Penyelidik: Prof Madya Dr Shri Dewi A/P Applanaidu (Ketua), Dr Rozana Samah, Dr. Roslina Kamaruddin & Puan Nurul Faizah Halim
Anugerah: Pingat Perak
..............................................
 
Produk:  PM-TAG:Persuasive Multimedia Truancy Awareness Game
Penyelidik: Dr Sobihatun Nur Abdul Salam (Ketua), Mohamad Lutfi Dolhalit, Prof Madya Dr. Ariffin Abdul Mutalib, Muhamad Saiful Bahri Yusoff
Anugerah: Pingat Perak

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer_UUM_nov2018.png

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, December 2 2018 Time 9:00 AM