Malay English

Empat Pemain Golf UUM Wakili Negara Ke WUC 2018

FOUR-UUM-GOLF-PLAYERS-WILL-REPRESENT-MALAYSIA-AT- WUC-2018

 

SINTOK - Empat pemain golf Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal mewakili negara ke Kejohanan Golf Universiti Dunia (WUC) Ke-17 yang akan berlangsung di Pradera Verde, Lubao Pampanga, Filipina selama empat hari mulai 16 hingga 19 Mei ini.
 
Mereka yang terlibat ialah Muhammad Afif Muhammad Razif, Sazanur Iman Salenin, Nurul Syahirah Afiqah Saparudin dan Tham Soot Yuet, manakala dua lagi adalah Muhammad Zafran Abdullah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nur Eliana Ariffin dari Melaka International College of Science and Technology (MiCoST).
 
Kejohanan dwitahunan itu menyaksikan 20 negara akan berentap dengan mempertaruhkan atlet golf terbaik universiti dan Malaysia telah memilih enam pemain terbaik berdasarkan prestasi sepanjang tahun.
 
Berikutan pemilihan empat pemain golf UUM itu, majlis penyerahan bendera telah diadakan semalam yang disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Akademik), Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim.
 
Beliau berkata, setiap orang mempunyai peluang sama rata untuk menang pingat di WUC 2018, justeru, lakukan yang terbaik kerana pemain yang dipilih ini membawa nama negara dan secara tidak langsung membawa nama universiti ke persada antarabangsa.
 
"Apa yang penting ialah persediaan dari segi kekuatan mental dan fizikal serta keyakinan yang tinggi turut melakukan yang terbaik.

 

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

fotter_ipq_baru.jpg

City of Urbanus

People need police, sanitation, education, fire protection, housing, public transportation. Together we are going to make Urbanus the place over the rainbow, where every person will have his dream life.

Peter Hershell

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2018 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Sunday, October 14 2018 Time 4:00 PM