Malay English

UUM UNGGULI KEJOHANAN GOLF PERSAHABATAN DENGAN PDRM KEDAH

13 SEPTEMBER  2017 / 22 ZULHIJAH 1438H

golf pdrm

 

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan perlawanan golf dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah pada Kejohanan Golf Persahabatan Antara Pasukan Golf UUM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah, baru-baru ini.

Seramai 40 pemain yang mana 20 daripadanya masing-masing dari pasukan PDRM yang diketuai Dato' Asri Yusoff dan pasukan UUM diketuai oleh Prof Ir Dr Che Sobry Abdullah telah berentap di lapangan golf UUM.

Pasukan golf UUM telah menguasai kejohanan dengan catatan keseluruhan 1855 berbanding pasukan PDRM yang hanya mencatat 1952 dengan perbezaan sebanyak 147 pukulan.

Prof Ir Dr Che Sobry dalam ucapan beliau berkata, pertandingan ini bukan sahaja merapatkan hubungan yang terjalin antara UUM dan PDRM Kedah, tetapi menjadi medium perkongsian maklumat dalam aspek UUM sebagai organisasi akademik dan PDRM sebagai organisasi keselamatan.

Katanya, kedua-dua organisasi ini mempunyai tanggungjawab dalam usaha memacu hasrat dan dasar pembangunan kerajaan.

Sementara itu, Dato' Asri berkata, pertandingan tersebut bukan sahaja menjadi satu persaingan dalam aspek sukan, malah lebih kepada impak multilateral iaitu menjurus kepada hal keselamatan, perkongsian pintar antara PDRM dan UUM serta aspek-aspek yang memerlukan kerjasama antara UUM dan PDRM.

"Kelestarian persekitaran UUM juga secara tidak langsung akan memberi impak kepada masyarakat luar untuk datang ke UUM, justeru aspek keselamatan juga perlu diberi perhatian dan keutamaan.

"UUM bukan sahaja terkenal dengan lembah akademik tetapi apabila siapnya lapangan golf 18 lubang di UUM, saya yakin UUM akan lebih menjadi tumpuan dan terkenal dalam sukan golf,"  ujarnya yang turut menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Beliau juga berharap hubungan PDRM Kedah dan UUM akan berterusan dan pertandingan persahabatan seperti itu akan diadakan setiap tahun bagi mengukuhkan hubungan sedia ada.

Juara keseluruhan kejohanan dimenangi pasukan UUM, manakala bagi ketegori individu diungguli Prof Dr Abdull Sukor Shaari di tempat pertama,  Muslimin Wallang (kedua) dan Shukri Saad (ketiga) yang mana kesemuanya dari UUM.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM