Malay English

GADIS CEKAL BURU ILMU - KANSER PEMBAKAR SEMANGAT

5 SEPTEMBER  2017 / 14 ZULHIJAH 1438H

OKU

 

UUM ONLINE: Siapa sangka di sebalik pergerakan yang terbatas setelah lumpuh akibat kanser yang dideritai, Nur Syiham Naz'izan, 20, menguatkan semangat dan membulatkan tekad melangkah ke menara gading demi memburu ilmu untuk berjaya seperti orang lain. 

Ditawarkan program Sarjana Muda Pentadbiran Awam, Syiham antara 4,957 pelajar baharu UUM bagi Sesi Akademik 2017/2018 yang mendaftar, pagi tadi.

 

“Apabila ditawarkan ke UUM, saya rasa lega dan gembira bukan senang nak masuk UUM yang turut menyediakan kemudahan OKU.

“Saya berharap dapat menggunakan perkhidmatan van yang ditawarkan oleh UUM untuk berulang-alik dari Inasis Petronas ke kelas,” ujar lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani.

Meskipun berdepan masalah pergerakan dan tidak seperti orang lain Syiham jadikan ujian ini sebagai pembakar semangat untuk membuktikan sesiapa pun boleh berjaya sekiranya rajin berusaha selain banyak bersyukur dengan kurniaan-Nya.

Sementara itu bapa, Naz'izan Saad menyifatkan anaknya seorang yang tidak banyak bercakap dan bergerak perlahan akibat penyakit yang dideritainya sejak darjah 5.

“Syiham mengalami buku lali kejang setelah pernah lumpuh selama setahun pada 2008 akibat kanser tulang belakang ketika menuntut di Sekolah Rendah Bandar Tasik Puteri Rawang, Selangor.

“Dia tak pernah berlari sejak pulih dari lumpuh dan mula mengalami masalah pergerakan kalau jalan pun tak boleh lama kerana menyebabkannya tidak selesa dan sehingga kini masih menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur setahun sekali,” tambahnya.

Naz'izan yang juga bekas pelajar UUM mendapati universiti keenam ini telah mengalami banyak perubahan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan berharap UUM dapat membantu anaknya sepanjang pengajian di sini.

“Saya pernah belajar di sini dan UUM memang sangat berbeza banyak kemudahan yang ada di sini jauh lebih baik, bila saya bawa Syiham tengok kelas, dia bergerak perlahan terutamanya tangga dan perlu urus masa dengan baik di sini,” ujarnya.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM