Malay English

MANAGER'S COFFEE DIBUKA DI LANGKAWI

27 OGOS  2017 / 05 ZULHIJAH 1438H

MC LANGKAWI

 

UUM ONLINE: Langkawi – Manager’s Coffee yang mula beroperasi sejak setahun lalu di Universiti Utara Malaysia (UUM) kini mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan pertama yang terletak di Jeti Kuah.

Perasmian Manager’s Coffee Langkawi telah disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Razali Othman yang mewakili Menteri PDNKK, semalam.

Dato' Razali dalam ucapannya berkata, langkah UUM membuka Manager's Coffee wajar dipuji kerana bukan sahaja membantu menjana pendapatan universiti, malah membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai khususnya pelajar dan usahawan baru yang mencari pekerjaan melalui sistem francais ini.

Bagaimanapun, menurutnya, membuka perniagaan memerlukan kesabaran tinggi yang menjadi teras utama kepada industri Food & Beverage (F&B).

"Saya berharap usaha ini memberi impak baik kepada semua dan pembangunan francais akan memajukan UUM dalam menjana pendapatan.

"Selain itu, saya juga berharap Manager's Coffee dapat memaparkan harga terakhir yang perlu dibayar pelanggan apabila membeli produk di restoran ini mengikut cadangan pindaan Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 yang mencadangkan tiada harga tersembunyi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir berkata,  ramai yang tidak menduga bahawa UUM akan membuka restoran berjenama di Lembah Sintok termasuk di Pulau Langkawi.

Ujar beliau,  Manager’s Coffee akan memainkan peranan sebagai tapak latihan kepada pelajar UUM dalam bidang berkaitan di samping menjana pendapatan agar dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kerajaan.

"Saya berharap agar Manager’s Coffee menjadi sebutan dalam kalangan pengunjung dengan mendapat sambutan yang baik," katanya.

Manager’s Coffee Langkawi merupakan outlet luar pertama Manager’s Coffee dalam usaha meluaskan bidang perniagaan dan pengenalan jenama kelahiran UUM ini.

Lokasi Manager’s Coffee Langkawi yang terletak di pusat tumpuan iaitu Jeti Kuah dijangka akan menjadi outlet tumpuan dan ikon kepada lokasi tersebut, malah pengurusan Manager’s Coffee akan mengatur strategi pemasaran yang lebih agresif berikutan persaingan yang sengit daripada jenama lain.

Hadir sama Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMHSB dan pegawai-pegawai UMHSB serta UUM.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM