Malay English

NAIB CANSELOR SERAH SURAT TAWARAN B40

24 OGOS  2017 / 02 ZULHIJAH 1438H

B40

 

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyampaikan surat tawaran kemasukan kepada pelajar B40 sejurus selesai Perhimpunan Bulanan Dan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-60 di Dewan Mu’adzam Shah, pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Akademik, Shahidan Shafie berkata, pelajar bertuah itu antaranya Siti Rohaishah Khassim (Pelajar Sarjana Muda Kaunseling)  Nor Shazwani Jamaludin (Pelajar Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam) dan Nurul Atikah Abd Samad (pelajar Sarjana Muda Pengurusan Awam).

Jelasnya, daripada 652 permohonan seramai 190 calon yang layak menyambung Ke peringkat Ijazah Sarjana Muda setelah memenuhi syarat am universiti, syarat khas program dan kriteria yang ditetapkan iaitu pendapatan keluarga di bawah RM1,500.

Katanya, pelaksanaan mekanisme mod kemasukan baharu bagi isi rumah 40% terendah telah memasuki batch keempat yang memberi impak positif apabila pelajar sebelum ini  menunjukkan prestasi memberangsangkan setiap semester.

“Kadang-kadang pelajar tercicir ini mempunyai peluang cerah untuk berjaya jika diberi ruang sebaiknya untuk menunjukkan potensi sebenar dan kita harap program yang membantu golongan yang memerlukan ini akan berterusan.

“Universiti berbeza dengan persekolahan, justeru pelajar perlu mempunyai jati diri, disiplin, fokus serta patuh kepada peraturan  yang ditetapkan kerana pelajar merupakan amanah ibu bapa kepada universiti untuk dibimbing menjadi modal insan yang berguna,” ujarnya.

Sementara itu, Pelajar Sarjana Muda Kaunseling, Siti Rohaishah Khassim, 20 melahirkan rasa bersyukur menjadi pelajar UUM dan bertekad memanfaatkan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya untuk belajar di kampus hijau yang menghidangkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Beliau yang ditemani nenek, Zainab Ali berkata, semuanya bermula setelah menyertai program Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyampaikan maklumat  tentang pendidikan termasuk B40 lalu terus memohon.

“Jutaan terima kasih kepada Naib Canselor serta UUM kerana membuka jalan kepada kami, insya-Allah kami akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya dengan cemerlang di samping mengubah nasib keluarga,” luahnya.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM