Malay English

PROF DR NOOR AZIZI ISMAIL KONGSI TIP TINGKATKAN PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI

21 OGOS  2017 / 28 ZULKAEDAH 1438H

DR.AZIZI

 

UUM ONLINE: Sempena lawatan kerja ke UUM, Prof Dr Noor Azizi Ismail yang kini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA) di Kementerian Pendidikan Tinggi telah berkongsi tip untuk meningkatkan penyelidikan berimpak tinggi dengan semua Pengarah Pusat Kecemerlangan (CoE) UUM di Manager's Coffee, pagi tadi.

Pada sesi selama sejam itu, beliau berkongsi kriteria atau ciri-ciri penyelidikan yang diperlukan KPT, seterusnya membantu penyelidik mendapatkan geran.

Katanya, setiap penyelidik harus tampil dengan idea kertas cadangan yang luar biasa dan boleh memberi impak besar kepada komuniti sebelum diusulkan kepada kementerian.

Tambah beliau, peluang tersebut bukan sahaja terbuka kepada universiti penyelidikan (RU), malah terbuka kepada semua universiti yang ingin menghasilkan kajian berimpak tinggi dan memberi kesan.

Beliau yang pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang mengadakan lawatan kerja ke China baru-baru ini yang dilihat semakin maju terutama dalam bidang teknologi.

Program bual bicara anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) itu turut disertai Pengarahnya, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM