Malay English

PEGAWAI CEMERLANG DIIKTIRAF – TINGKAT KECEKAPAN DAN PROFESIONALISME

21 OGOS  2017 / 28 ZULKAEDAH 1438H

PERPATI

 

UUM ONLINE:Hari Anugerah Pentadbir Universiti Utara Malaysia (UUM) 2017 yang berlangsung malam tadi di Dewan Angsana EDC Hotels & Resorts mengiktiraf sumbangan dan pencapaian Pegawai Tadbir dan Ikhtisas dalam pelbagai bidang yang memberi impak kepada kecemerlangan Universiti.

Dato’ Prof. Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang mewakili Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi turut berkongsi perkembangan yang berlaku di MQA.

“UUM telah diberi Swaakreditasi oleh MQA pada Mac lalu menjadikan hari ini 19 IPT yang mendapat perakuan swaakreditasi dengan memenuhi kriteria ditetapkan, tahniah kepada UUM.

“Benar, MQA dalam proses membuat penilaian untuk memberi UUM status sebagai Pusat Penilaian Apel (Accreditation of Prior Experiential Learning) untuk membolehkan mereka yang mempunyai pengalaman kerja, kemasyarakatan, seni dan sukan memasuki universiti tanpa kelayakan akademik,” jelasnya dalam program Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERPATI).

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, universiti boleh pincang jika tidak mendapat bantuan dan sokongan padu pentadbir yang menjalankan tugas dengan cekap.

“Saya percaya majlis yang diadakan buat pertama kali ini setelah 30 tahun bukan setakat penghargaan tetapi untuk mengingatkan betapa pentingnya peranan mereka kepada universiti.

“Lebih-lebih lagi kita mengalami perubahan pesat, Fourth Industrial Revolution (4IR), berdepan generasi baru yang tahu segala-galanya harus pantas,    keadaan universiti yang sudah berubah, bajet dikurangkan jadi kita harus   menjadi cekap dan profesional sesuai dengan zaman,” serunya.

Justeru tambahnya, peranan Perpati sangat penting bukan setakat menjaga kebajikan ahli malah berganding bahu dengan pihak pengurusan selain meningkatkan lagi tahap profesionalisme.

“Kita mahu anggota pentadbir menjalankan tugas dengan cepat, bersedia dengan perubahan, tidak menangguh masa kerana setiap kelewatan yang berlaku sudah pasti menambah kos, masa dan tenaga,” tambahnya.

 

Pada majlis itu, Anugerah Kepimpinan Perdana dirangkul oleh Ahmad Rasidi Abdullah, Anugerah Khas Juri oleh Huzaidy Hussain dan Mohd Fairus Abd Majid, Anugerah Penyelidikan disandang oleh Muhamed Nor Azman Nordin dan Anugerah Penulisan oleh Roslee Mardan.

Manakala Anugerah Kreativiti dan Inovasi oleh Kumpulan Plexus – UUMIT, Anugerah Khidmat Komuniti oleh Kartini Dato’ Tajul Urus dan Anugerah Pentadbir Cemerlang oleh Mejar Mohd Ezanee Yazid.  

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM