Malay English

PEMAIN GOLF AGNUUM OPTIMIS PEROLEH PINGAT PADA 29TH SUMMER UNIVERSIADE TAIPEI 2017

15 OGOS 2017 / 22 ZULKAEDAH 1438H

AGN

 

UUM ONLINE: Nama UUM terus mekar dalam arena sukan golf apabila lima pelajar Akademi Golf Nasional (AGN) UUM telah diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab untuk mewakili negara ke 29th Summer Universiade Taipei 2017 yang akan berlangsung pada 20 hingga 29 Ogos ini di Taiwan.

Atlet berkenaan ialah Muhammad Afif Muhammad Razif, Sazanur Iman Salenin, Mohd Shakiran Johari, Nur Afifah Muhammad Razif, dan Tham Soot Yuet yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian.

Pengarah AGNUUM, Prof Madya Dr Azman Yasin berkata, pada sukan universiti dunia itu, seramai enam pemain akan mewakili negara terdiri tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijangka akan berangkat ke Taiwan pada 20 Ogos nanti.

Menurutnya, pemilihan pemain tersebut adalah berdasarkan skema baharu penilaian kelayakan yang meliputi pencapaian mereka pada Kejohanan Golf IPT 2017 dan beberapa siri kejohanan amatur tempatan yang melayakkan mereka terpilih secara merit untuk mewakili Malaysia.

"Kami ingin memperbaiki kedudukan pada Kejohanan Universiade 2015 di Korea dengan mensasarkan pingat gangsa dan kali ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mensasarkan pingat gangsa berjaya diperoleh menerusi kategori individu dan kumpulan.

"Sehubungan itu, bagi merealisasikan impian ini, semua pemain menjalani latihan intensif selama dua bulan dengan dibawah seliaan jurulatih daripada Amerika Syarikat, malah kami juga baru kembali dari Taiwan bagi meninjau lokasi kejohanan akan berlangsung bagi memudahkan semua pemain menyesuaikan diri," katanya selepas ditemui di Majlis Penyerahan Bendera Sempena 29th Summer Universide Taipei 2017 di Manager's Coffee, tadi.

Penyerahan bendera UUM dan Malaysia kepada kontinjen golf yang mewakili negara itu telah disempurnakan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Tambah Prof Madya Dr Azman lagi, semua pemain sudah bersedia untuk berdepan dengan saingan hebat khususnya dari Korea, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat, malah beliau yakin Malaysia mampu memperoleh pingat dan secara tidak langsung kejayaan itu kelak akan turut menaikkan nama UUM.

Sementara itu, pelajar AGNUUM, Muhammad Afif Muhammad Razif berkata, dia bersama pemain lain sudah membuat persiapan sejak tahun lalu untuk menyertai kejohanan tersebut, malah mereka juga terpaksa mengorbankan cuti semester untuk menjalani latihan.

Katanya, walaupun berat tanggungjawab dipikul dengan membawa nama Malaysia dan universiti, dia bersama pasukan tetap positif dan akan bermain sebaik mungkin bagi memastikan kejayaan berada dalam genggaman.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM