Malay English

NAIB CANSELOR HADIRI ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA PALAPES

13 OGOS 2017 / 20 ZULKAEDAH 1438H

tauliah palapes

 

UUM ONLINE:Selangor - Naib Canselor UUM, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menghadiri Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-36 yang berlangsung di Padang Kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, semalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli berangkat ke majlis istidat tersebut dan mentauliahkan seramai 1,832 pegawai kadet PALAPES daripada 18 universiti awam ke dalam Kor Askar Wataniah Tentera Darat, Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Seramai 160 pegawai kadet PALAPES UUM turut ditauliahkan yang melibatkan 88 pegawai kadet PALAPES Darat, PALAPES Udara (44) dan PALAPES Laut (28).

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohd Johari Baharom dan Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dr Hassan Said.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM