Malay English

NAIB CANSELOR HADIR MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA PEMBUKAAN MANAGER'S COFFEE

11 OGOS 2017 / 18 ZULKAEDAH 1438H

managers coffee langkawi

 

UUM ONLINE: Langkawi - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak  telah menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena pembukaan Restoran Manager's Coffee Langkawi di Jeti Kuah, semalam.

Majlis bacaan Yasin itu telah diketuai 40 pelajar Maahad Tahfiz Darul Amar, Langkawi.

Naib Canselor berkata, Manager's Coffee Langkawi akan mula beroperasi esok (hari ini) pada hari yang berkat iaitu Jumaat.

"Semoga perniagaan yang dijalankan ini diberkati Allah dalam usaha universiti menjana pendapatan, seterusnya secara tidak langsung hasil rezeki perniagaan ini dapat membantu golongan memerlukan menerusi pembayaran zakat.

"Selain itu, dengan adanya perniagaan ini juga dapat membantu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Langkawi," katanya.

Restoran tersebut merupakan yang kedua selepas pelancaran Manager's Coffee pertama dalam kampus UUM yang beroperasi pada tahun lalu.

Perasmian Manager's Coffee Langkawi dijangka disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Seri Hamzah Zainudin pada 26 Ogos nanti.

Manager’s Coffee merupakan jenama baharu keluaran UUM yang mana jenama unik ini memilih kualiti kopi tersendiri untuk diketengahkan di dalam pasaran.

Selain menyediakan kopi berkualiti, restoran itu turut melengkapkan lagi kemudahan tempat makan sedia ada yang bukan sahaja untuk warga UUM tetapi pengunjung yang datang ke pulau lagenda itu, seterusnya memperkenalkan jenama UUM sebagai peneraju perniagaan kopi di Malaysia.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM