Malay English

UUM JALIN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITY OF SARAJEVO (UNSA), BOSNIA-HERZEGOVINA

8 OGOS 2017 / 15 ZULKAEDAH 1438H

sarajevo

 

UUM ONLINE: Bosnia-Herzegovina - Dalam usaha memperkasakan agenda pengantarabangsaan dan penarafan, UUM telah menjalinkan kerjasama dengan University of Sarajevo (UNSA) dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua universiti tersebut.

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Rektor UNSA, Prof Dr. Rifat Skrijelj pada 17 May lalu.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Duta Malaysia ke Bosnia-Herzegovina, Tuan Yang Terutama Datuk Anuar Kasman, Penolong Naib Canselor UUM-COB, Prof Dr Yusnidah Ibrahim yang juga merupakan Dekan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan Prof Dr Kemal Kozaric, Dekan School of Economics and Business (SEBS).

UNSA merupakan sebuah universiti yang terbesar dan tertua di Bosnia Herzegovina serta telah memperolehi AACSB (Association to Advance Collegiate School of Business) pada tahun 2015, menjadikan ia setara dengan UUM dari segi pendidikan dalam bidang perniagaan. Kerjasama ini akan dapat memperkukuh dan mengekalkan akreditasi UUM dan UNSA.

Antara aktiviti yang bakal diadakan yang memberi manfaat kepada pelajar dan staf akademik khususnya dan universiti amnya adalah program pengajian dan latihan di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah, usahasama dalam projek penyelidikan, program mobiliti, praktikum, pertukaran pensyarah dan lain-lain projek khas yang dipersetujui bersama.

Salah satu pengisian kerjasama ini adalah penganjuran bersama The 5th International Conference on Banking and Finance pada 17 – 19 May 2017 di Sarajevo.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM