Malay English

LAWATAN INDUSTRI PERLUAS KERJASAMA UUM DAN UMW GRANNT

8 OGOS 2017 / 15 ZULKAEDAH 1438H

grannt

 

UUM ONLINE: Selangor - Bagi meluaskan dan mengukuhkan lagi skop kerjasama di antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan UMW Grantt International Sdn Bhd, delegasi UUM yang terdiri daripada 30 staf akademik dari Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS)  telah mengadakan lawatan industri ke syarikat berkenaan yang terletak di Shah Alam, semalam.

Lawatan industri yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir itu turut disertai Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof Dr Bashawir Hj Abdul Ghani dan Ketua Pustakawan, Sallehudin Mustaffa adalah susulan daripada Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani di UUM pada April lalu.

Tan Sri Siti Sa'diah berkata lawatan balas itu merupakan kesinambungan kerjasama strategik yang telah terjalin di antara UUM dengan UMW GRANTT bertujuan membuka lebih banyak peluang kerjasama terutama dari segi penglibatan pelajar dan staf UUM begitu juga pihak UMW GRANTT.

"Kerjasama antara UUM dengan UMW GRANTT ini diharap akan membuka minda masyarakat bahawa dunia akademik dan industri perlu berganding bahu dalam menyediakan dan memperkasakan gedung ilmu agar anak bangsa dapat membina kemahiran berasaskan tempat kerja, dan mewujudkan jaringan dan hubungan dengan pihak industri secara realistik pada peringkat prakerjaya," ujarnya.

Selain mengadakan sesi perbincangan bersama pihak UMW bagi meluaskan lagi bidang kerjasama, delegasi UUM turut dibawa melawat ke galeri UMW yang mempamerkan warisan korporat, sejarah, kemajuan dan pertumbuhan Kumpulan UMW dari awalnya sejak tahun 1917 sehingga kini.

Delegasi UUM juga turut dibawa melawat ke kilang Lubetech Sdn. Bhd, anak syarikat UMW Auto Parts Sdn. Bhd. yang mengeluar, membungkus dan mengedar produk pelincir Pennzoil kepada pasaran kereta penumpang dan sektor kerajaan.

Mengiringi delegasi UUM sepanjang lawatan tersebut adalah Presiden Bahagian Pengilangan dan Kejuruteraan, UMW Corporation Sdn Bhd, Megat Shahrul Azmir serta kakitangan UMW Grantt.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM