Malay English

KUMPULAN KIK UUM CEMERLANG DI KONVENSYEN KIK PERINGKAT UA KALI KE-13

8 OGOS 2017 / 15 ZULKAEDAH 1438H

kik

 

UUM ONLINE:Kumpulan PLEXUS dari UUMIT dan Kok Holistik dari Pusat Kokurikulum tampil cemerlang dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam (UA) Kali Ke-13 apabila dua projek yang dihasilkan kumpulan tersebut mendapat penarafan emas pada konvensyen yang berlangsung selama tiga hari pada 1 hingga 3 Ogos lalu di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Selain itu, Kumpulan PLEXUS turut dinobatkan sebagai johan (Kategori Pengurusan) dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM6,000.00, piala dan sijil penarafan. Manakala Anugerah Fasilitator Terbaik (Kategori Pengurusan) dimenangi Ahmad Ruzaini Janudin.

Kumpulan PLEXUS diketuai Yusra Asyikin Md Yunus dengan tajuk projek Kesukaran Mengenalpasti Lokasi Suis Rangkaian Dalam Kampus UUM. Hasil daripada projek ini, Sistem Info Infra ITOC telah diwujudkan yang memberi impak apabila lokasi suis rangkaian di seluruh kampus UUM dapat dikenalpasti dengan lebih cepat dan memudahkan tugasan untuk mengenalpasti masalah aduan rangkaian. Projek ini juga dapat menjimatkan masa serta menyumbang kepada peningkatan mutu kerja yang lebih berkualiti.

Manakala Kumpulan Kok Holistik diketuai Shamsul Amri Abdul Manap dengan tajuk projek Kelemahan Proses Pinjaman Peralatan Barang Ko-Kurikulum di Pusat Ko-Kurikulum UUM.

Perasmian Konvensyen KIK itu telah dirasmikan Datuk Nik Ali Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia), manakala hadiah kepada pemenang disampaikan Farid Sulaiman wakil Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UniMAP.

Konvensyen KIK 2017 menyaksikan 39 kumpulan daripada UA seluruh negara bertanding bagi merebut anugerah mengikut dua kategori iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal.

Antara anugerah yang dipertandingkan dalam Konvensyen KIK itu ialah Anugerah Persembahan Terbaik (Kategori Pengurusan) dimenangi oleh kumpulan TAHAMMAS dari UMS; Anugerah Persembahan Terbaik (Kategori Teknikal) oleh kumpulan SINARAN dari UKM; Anugerah Inovasi Terbaik (Kategori Pengurusan) oleh kumpulan VORTEX dari UiTM Perak; Anugerah Inovasi Terbaik (Kategori Teknikal) oleh kumpulan INEE MEDICAL dari UniMAP dan Anugerah Khas (Anugerah Inovasi Harapan) oleh kumpulan D-MEDIC dari UPNM.

Johan keseluruhan dimenangi Kumpulan MEDITECH dari UniSZA yang turut merangkul gelaran johan (Kategori Teknikal) dan Anugerah Fasilitator Terbaik (Kategori Teknikal) dimenangi oleh Dr Nik Azuan Nik Ismail dari Kumpulan SINARAN, UKM.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM