Malay English

660 PEGAWAI KADET KOR SISPA DITAULIAHKAN LEFTENAN MUDA (PA)

6 OGOS 2017 / 13 ZULKAEDAH 1438H

sispa

 

UUM ONLINE: Seramai 660 pegawai kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (PA) pada Majlis Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 di Dewan Mu'adzam Shah, pagi tadi.

Pentauliahan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Shahidan Kassim dan turut dihadiri Komandan Kor SISPA UUM, PPj. Kehormat (PA) Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak yang juga Naib Canselor UUM.

Dalam ucapan Dato' Seri Dr Shahidan berkata, usaha Angkata Pertahanan Awam Malaysia bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam menyediakan ruang bagi anak bangsa membina karakter diri melalui penglibatan dalam Kor SISPA adalah platform yang tepat.

Menurutnya, Pegawai Kadet SISPA perlu menjadi pelengkap kepada keselamatan negara dengan berdiri sebagai salah satu tunjang dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat.

"Pentauliahan pada hari ini hendaklah dijadikan medan untuk mencorak organisasi Pertahanan Awam yang seimbang dan berprestasi tinggi dalam mengukuhkan struktur dan keseimbangan pergerakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Selain itu, kesedaran keselamatan awam dan kecemasan dalam kalangan rakyat juga dapat ditingkatkan lagi melalui Kor SISPA melalui program dan aktiviti kesedaran, malah saya menyarankan agar ditubuhkan satu komuniti yang dapat memberi respon segera dalam tempoh 15 minit apabila berlakunya kecemasan," katanya.

Sementara itu, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa berkata, UUM merupakan universiti pertama yang menawarkan kursus ko-kurikulum secara berkredit sejak penubuhannya dan kini pelajar boleh memilih lebih 70 kursus ditawarkan berdasarkan minat masing-masing.

Menurutnya, UUM yang menjadi tuan rumah Majlis Pentauliahan Kor SISPA hari ini juga turut bangga apabila 47 kadet Kor SISPA UUM terdiri 40 perempuan dan tujuh lelaki turut menerima pentauliahan Leftenan Muda (PA).

"Mereka adalah sebahagian daripada 660 pegawai kadet SISPA dari universiti awam dan swasta serta institusi pendidikan guru dari seluruh negara yang menerima tauliah masing-masing.

"Saya berharap pentauliahan ini akan dimanfaatkan untuk berinteraksi dengan anggota dari ipt lain, selain mencambahkan benih perpaduan, integrasi nasional dan nasionalisme dalam sanubari generasi muda, seterusnya mengambil pengalaman sebagai sukarelawan untuk membentuk peribadi menjadi insan berkualiti, berdisiplin, amanah, berketerampilan, bersemangat kental dan waja diri," ujarnya.

Pada majlis itu juga turut disampaikan Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik yang mana Leftenan Muda (PA) Mohd Akmal Hakim Abdul Razak dari UUM antara 15 penerima yang mendahului senarai dan penyampaian watikah pelantikan semula Komandan Kor SISPA UUM kepada Naib Canselor.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM