Malay English

UNIVERSITI BERTINDAK MEMBANTU DALAM PERTAHANAN KESELAMATAN NEGARA

04 OGOS 2017 / 11 ZULKAEDAH 1438H

keselamatan

 

UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Naib Canselor, Kol (K) Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kerjasama Universiti Awam dan TUDM Dalam Konteks Memperkasa Pertahanan Awam' di Wisma Perwira ATM, pagi tadi.


Ucaptama tersebut sempena Simposium Pegawai Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat PSSTUDM yang disempurnakan Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato' Seri Affendi Buang.

Naib Canselor berkata, UUM merupakan universiti pertama menubuhkan pasukan PALAPES Udara pada 1988 dengan nama asalnya Skuadron Udara Universiti (SUU).

Katanya, pada usia mencecah 30 tahun itu sudah cukup lama dan membolehkan satu penilaian dibuat bagi program PALAPES  dalam konteks pertahanan dan kepentingan kepada agenda pertahanan negara.

"Dalam aspek HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) iaitu strategi pertahanan negara yang melibatkan setiap agensi kerajaan dan masyarakat, UUM turut tidak ketinggalan memainkan peranan dalam HANRUH.

"Peranan universiti dalam HANRUH merangkumi hampir kesemua strategi seperti kesiagaan keselamatan melalui PALAPES; keutuhan dan perpaduan masyarakat dengan penawaran kursus wajib seperti Kenegaraan Malaysia dan Hubungan Etnik; kesiagaan awam menerusi kuliah umum, seminar dan bengkel; daya tahan ekonomi dan ketahanan psikologi," katanya.

Beliau berkata, pertahanan jiwa juga merupakan sebahagian aspek strategi NBOS yang membolehkan pemerkasaan aspek pertahanan negara.

Selain itu, katanya, aspek kesiagaan keselamatan sangat penting untuk menanam eleman kesedaran dalam kalangan masyarkat bahawa isu keselamatan negara tidak boleh diambil kesempatan dan ia juga bukan isu angkatan tentera sahaja.

"Aspek kesiagaan keselamatan dalam kalangan rakyat perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa dan di sini, PALAPES  di universiti turut memainkan peranan.

"Pada masa sama, kesiagaan awam juga perlu disedarkan terutamanya tentang ancaman pengganas yang menggugat hampir seluruh dunia sekarang bukan sahaja menjadi masalah angkatan tentera atau polis, malah masyarakat," ujar beliau.

Selain itu, Naib Canselor menekankan tentang daya tahan ekonomi dan pertahanan psikologi.

Sehubungan itu, menurut beliau, Kementerian Pertahanan perlu wujudkan PALAPES di universiti bagi menanam semangat patriotik dalam kalangan siswa melalui latihan ketenteraan.

Dalam ucaptama itu juga, Naib Canselor menerangkan tentang sumbangan universiti khususnya UUM dalam pertahanan, aktiviti yang dijalankan TUDM dan PALAPES universiti, cabaran dalam pertahanan dan perancangan masa hadapan.

Sebelum itu, turut diadakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat PSSTUDM oleh Panglima Tentera Udara, diikuti pembentangan kedua dan sesi dialog.

Hadir sama Raja DiHilir Perak DYAM Raja Brigd Jen Raja Dato Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah; Panglima TUDM; Timbalan Pendaftar UUM, Lt. Kol. (K) Baharudin Yaacob dan pegawai-pegawai kanan TUDM.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM