Malay English

UUM-IAIN PALANGKA RAYA, INDONESIA TINGKAT JALINAN KERJASAMA ANTARABANGSA

02 OGOS 2017 / 09 ZULKAEDAH 1438H

IAIN

 

UUM ONLINE: Kuala Lumpur - UUM telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Palangka Raya, Indonesia dalam usaha mengembangkan lagi kerjasama di peringkat antarabangsa.

Majlis pemeteraian itu menyaksikan UUM yang diwakili Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan IAIN Palangka Raya diwakili Dr Abdul Qodir, wakil Rektor Bidang Akademik dan Pengembangan Lembaga menandatangani MoU tersebut di UUMKL, pagi tadi.

Naib Canselor dalam ucapannya berkata, dengan kerjasama itu, UUM boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan IAIN Palangka Raya dalam aspek pembangunan modal insan.

"UUM bersedia menawarkan kepakaran yang dimiliki untuk membantu IAIN mencapai kejayaan demi kejayaan, bagaimanapun ia memerlukan perancangan rapi.

"Tambahan pula, IAIN Palangka Raya mempunyai prospek masa hadapan yang cerah dan kini sedang melalui fasa kemajuan yang pesat dan saya yakin ia boleh pergi lebih jauh," katanya.

Menurut beliau lagi, untuk berjaya juga tidak boleh bersendirian, sebaliknya perlu mengadakan banyak kolaborasi sama ada bersama universiti lain atau industri kerana universiti terkemuka dunia sekalipun turut menjalinkan kerjasama dengan pihak luar untuk berjaya, selain memiliki modal insan yang kukuh.

Naib Canselor turut berharap kerjasama antara UUM dan IAIN Palangka Raya tidak tertumpu pada bidang undang-undang, sebaliknya diluaskan lagi kepada program seperti Pengurusan Perniagaan dan Perniagaan Islam yang ditawarkan UUM.

Sementara itu, Dr Abdul Qodir berkata, dengan adanya MoU itu akan membantu IAIN Palangka Raya untuk terus memperoleh kejayaan seperti yang telah dikecapi UUM.

Menurutnya, IAIN Palangka Raya dahulu merupakan sekolah tinggi sahaja sebelum menjadi institut pada 2014 dan berharap dapat menjadi sebuah universiti kelak.

Hadir sama Dekan Pusat Pengajian Undang-undang, Prof Madya Dr Zainal Amin Ayub dan pegawai-pegawai kanan UUM dan IAIN Palangka Raya.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM