Malay English

NAIB CANSELOR SAMPAI UCAP UTAMA PADA PERSIDANGAN ANTARABANGSA MELICOSS 2017

31 JULAI 2017 / 07 ZULKAEDAH 1438H

EMLICOSS

 

UUM ONLINE: Melaka - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menyampaikan ucap utama bertajuk “Politik Etnik dan Cabaran Isu-Isu Keselamatan di Malaysia” sempena Melaka International Conference on Social Sciences (MELICOSS 2017) yang diadakan pada 29 dan 30 Julai lalu.

Persidangan antarabangsa ini dianjurkan oleh Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

MELICOSS 2017 dihadiri lebih 200 peserta dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada ahli-ahli akademik dan para pelajar IPT.

Pembukaan MELICOSS 2017 dimulakan dengan ucap utama yang disampaikan oleh Naib Canselor yang menyentuh mengenai isu-isu sejarah politik dunia, demokrasi permuafakatan, keperluan bagi purposive depolitication iaitu mengenyahkan isu-isu etnik, kaum dan agama dari politik, pembentukan dan pengukuhan Negara Bangsa, isu dan cabaran keselamatan semasa Malaysia dan sebagainya.      

Majlis perasmian MELICOSS 2017 telah disempurnakan oleh Tan Sri Datuk Seri Dr. Abu Seman Haji Yusop, Pro-Canselor KUIM.

Persidangan dua hari yang berlangsung di Holiday Inn, Melaka ini turut dihadiri oleh Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd Taib Haji Dora, Naib Canselor KUIM dan pegawai-pegawai kanan KUIM.

uum icon finas en logokpkkmscmygovtourismtv3 hires

footer 4 jun 2017

Hubungi Kami

Unifilm Studio, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: +604-928 3750
Fax : +604-928 3777
Email : unifilm@uum.edu.my

Waktu Pejabat

Ahad-Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang

Khamis: 8:00 pagi - 3:15 petang

Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang

 

Lokasi Kami

map

UUM TV

h

Copyright © 2017 UNIFILM STUDIO UUM

Last Updated on Thursday, September 14 2017 Time 10:00 AM